Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776530
Title: | Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah dalam kes-kes jenayah di Malaysia |
Authors: | Kanagaraj Karunanithi (P111593) |
Supervisor: | Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Criminal justice, Administration of -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Jun-2024 |
Abstract: | Pengemukaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah merupakan isu yang masih berlaku dalam pelbagai bidang kuasa. Di Malaysia, keterangan yang diperoleh secara tidak sah telah diterima oleh mahkamah dalam kebanyakan kes jenayah. Hal ini menimbulkan isu memandangkan tiada kerangka undang-undang bertulis yang dikanunkan dalam Akta Keterangan 1950 atau Kanun Tatacara Jenayah yang membincangkan takat kebolehterimaannya. Pada dasarnya, mahkamah masih menggunakan kuasa budi bicara common law untuk menentukan kebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Penggunaan budi bicara ini dilihat menyebabkan ketidakseragaman dalam keputusan mahkamah. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis kedudukan undang-undang semasa, terutamanya kuasa budi bicara common law yang menjadi prinsip asas kepada mahkamah untuk mengecualikan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Penyelidikan ini tertumpu kepada pendekatan perundangan dan bersifat doktrinal. Penyelidikan ini secara utamanya mengumpulkan data menerusi sumber primer dan juga memberikan tumpuan kepada penyelidikan perbandingan dengan kedudukan di India, Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat dua bentuk pendirian mahkamah dalam konteks keterangan yang diperoleh secara tidak sah di Malaysia. Pertamanya, kes-kes yang menunjukkan penerimaan keterangan oleh mahkamah dan keduanya, kes-kes yang menunjukkan penolakan keterangan oleh mahkamah. Walaupun mahkamah kerap mengunakan ujian imbangan, namun pemakaiannya tidak mempunyai penilaian atau panduan yang jelas di Malaysia. Mahkamah juga didapati jarang mengunakan kuasa budi bicaranya untuk mengecualikan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Secara asasnya, mahkamah sering kali menerima keterangan yang diperoleh secara tidak sah dengan syarat keterangan tersebut relevan kepada fakta persoalan. Penyelidikan ini mendapati bahawa negara-negara seperti Australia, United Kindgom dan Amerika Syarikat mempunyai kerangka undang-undang bertulis sedangkan Malaysia, India dan Singapura masih tertakluk pada common law. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini mencadangkan agar kerangka undang-undang bertulis diwujudkan di Malaysia bagi menangani isu ini. Penyelidikan ini dapat menyumbang kepada sistem keadilan jenayah yang lebih seimbang dan adil. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 377 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah dalam kes-kes jenayah di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 4.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.