Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776530
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRamalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorKanagaraj Karunanithi (P111593)en_US
dc.date.accessioned2024-11-12T08:51:06Z-
dc.date.available2024-11-12T08:51:06Z-
dc.date.issued2024-06-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776530-
dc.description.abstractPengemukaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah merupakan isu yang masih berlaku dalam pelbagai bidang kuasa. Di Malaysia, keterangan yang diperoleh secara tidak sah telah diterima oleh mahkamah dalam kebanyakan kes jenayah. Hal ini menimbulkan isu memandangkan tiada kerangka undang-undang bertulis yang dikanunkan dalam Akta Keterangan 1950 atau Kanun Tatacara Jenayah yang membincangkan takat kebolehterimaannya. Pada dasarnya, mahkamah masih menggunakan kuasa budi bicara common law untuk menentukan kebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Penggunaan budi bicara ini dilihat menyebabkan ketidakseragaman dalam keputusan mahkamah. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis kedudukan undang-undang semasa, terutamanya kuasa budi bicara common law yang menjadi prinsip asas kepada mahkamah untuk mengecualikan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Penyelidikan ini tertumpu kepada pendekatan perundangan dan bersifat doktrinal. Penyelidikan ini secara utamanya mengumpulkan data menerusi sumber primer dan juga memberikan tumpuan kepada penyelidikan perbandingan dengan kedudukan di India, Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat dua bentuk pendirian mahkamah dalam konteks keterangan yang diperoleh secara tidak sah di Malaysia. Pertamanya, kes-kes yang menunjukkan penerimaan keterangan oleh mahkamah dan keduanya, kes-kes yang menunjukkan penolakan keterangan oleh mahkamah. Walaupun mahkamah kerap mengunakan ujian imbangan, namun pemakaiannya tidak mempunyai penilaian atau panduan yang jelas di Malaysia. Mahkamah juga didapati jarang mengunakan kuasa budi bicaranya untuk mengecualikan keterangan yang diperoleh secara tidak sah. Secara asasnya, mahkamah sering kali menerima keterangan yang diperoleh secara tidak sah dengan syarat keterangan tersebut relevan kepada fakta persoalan. Penyelidikan ini mendapati bahawa negara-negara seperti Australia, United Kindgom dan Amerika Syarikat mempunyai kerangka undang-undang bertulis sedangkan Malaysia, India dan Singapura masih tertakluk pada common law. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini mencadangkan agar kerangka undang-undang bertulis diwujudkan di Malaysia bagi menangani isu ini. Penyelidikan ini dapat menyumbang kepada sistem keadilan jenayah yang lebih seimbang dan adil.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectCriminal justice, Administration of -- Malaysiaen_US
dc.titleKebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah dalam kes-kes jenayah di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages377en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh secara tidak sah dalam kes-kes jenayah di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text4.64 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.