Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776483
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Wan Kamal Mujani | - |
dc.contributor.author | Nurfarizan Jaafar | - |
dc.date.accessioned | 2024-11-10T06:30:33Z | - |
dc.date.available | 2024-11-10T06:30:33Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776483 | - |
dc.description.abstract | Artikel ini membincangkan tentang sejarah penggunaan wang sebelum Islam serta pengaruhnya kepada penggunaan wang pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin. Penggunaan wang merupakan elemen yang penting dalam usaha melancarkan kegiatan ekonomi sesebuah bangsa, terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Menyedari hakikat tersebut, masyarakat zaman pra-sejarah telah mempunyai inisiatif untuk menghasilkan wang logam yang boleh digunakan bagi menggantikan sistem barter yang diamalkan sebelumnya. Artikel ini membincangkan secara umum mengenai sejarah penggunaan wang di kalangan masyarakat Kerajaan Lidya, Kerajaan Greek-Yunani, Kerajaan Rom, Kerajaan Parsi serta zaman Jahiliyyah. Bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai wang yang digunakan, beberapa aspek penting berkaitan wang turut dibincangkan, iaitu aspek-aspek yang berkaitan teknologi pembuatan wang sebelum Islam seperti sumber-sumber logam yang digunakan, kaedah menempa wang logam serta ciri-ciri bagi setiap wang logam yang dihasilkan, sama ada wang emas mahupun perak. Kekayaan sumber logam emas dan perak yang wujud ketika zaman pra-sejarah serta nilainya yang tinggi, mendorong kepada masyarakat untuk menempa logam tersebut dan menjadikannya sebagai wang, iaitu medium perantaraan kegiatan perekonomian. Kedudukan Semenanjung Arab yang berhampiran dengan wilayah-wilayah penguasaan Kerajaan Rom Bayzantium dan Karajaan Sasan di Parsi turut mempengaruhi masyarakat Islam untuk mengaplikasikan penggunaan wang Dinar yang dikenali menerusi Kerajaan Rom Bayzantium serta wang Dirham daripada Sasan. Bagaimanapun, para pemerintah pada zaman awal Islam telah melakukan perubahan secara berperingkat ke atas wang Rom dan Sasan yang digunakan dalam usaha menampilkan ciri-ciri wang Islam. Perbincangan mengenai usaha-usaha perubahan ini dapat dilihat menerusi lanjutan perbincangan dalam artikel ini yang memperlihatkan beberapa usaha perubahan yang dilakukan oleh pemerintah Islam terhadap wang Dinar dan Dirham yang digunakan. Usaha-usaha tersebut telah merintis kepada kewujudan wang Dinar dan Dirham Islami yang dilakukan oleh pemerintah Islam selepas berakhirnya era Khulafa al- Rasyidin. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Sejarah matawang | en_US |
dc.title | Sejarah wang sebelum Islam dan pengaruhnya terhadap wang di era awal Islam | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 1-20 | en_US |
dc.identifier.callno | DS596.4.M628S439 2008 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Seminar Kebangsaan 'Malaysia-West Asia Relation : Prospect & Challenges' | - |
dc.coverage.conferencelocation | Bangunan Canselori, Selangor UKM Bangi | - |
dc.date.conferencedate | 2008-12-01 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.