Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776203
Title: Implikasi pemaknaan budaya pemakaian busana pemimpin adat perpatih di Luak Jempol, Negeri Sembilan
Authors: Nor S. Azima Ismail (P102644)
Supervisor: Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ts. Dr.
Mohd Rosli Saludin, Prof. Dr. madya Dato' Paduka
Keywords: Busana adat
Luak Jempol, Negeri Sembilan
Issue Date: 26-Jun-2024
Abstract: Kajian ini merupakan suatu penerokaan tentang implikasi pemakaian busana dalam kalangan pemimpin Adat Perpatih terhadap masyarakat di Luak Jempol, Negeri Sembilan. Busana merupakan suatu elemen penting yang menerangkan identiti sesuatu bangsa. Sungguhpun begitu, fungsi dan makna busana dalam sesebuah kepemimpinan merupakan suatu isu yang jarang disentuh. Akibatnya, masyarakat kurang memahami peranan busana yang dikenakan oleh pemimpin mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas perkara berkaitan 1) budaya pemakaian busana dalam kalangan pemimpin adat di Luak Jempol, 2) menganalisis makna simbolik busana adat, dan 3) menilai implikasi pemakaian busana adat terhadap masyarakat setempat. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk etnografi mikro, kajian ini melibatkan temu bual dengan informan terpilih dan pemerhatian sepanjang kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa variasi dalam reka bentuk serta pemakaian busana pemimpin adat di Luak Jempol adalah inspirasi daripada pemahaman dan penghayatan mereka terhadap alam dan persekitaran mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini. Seterusnya, makna simbolik yang dijelmakan melalui proses interaksi sosial dan komunikasi non-verbal dalam kalangan masyarakat turut memainkan peranan penting dalam pengukuhan identiti, tanggungjawab dan kedudukan pemimpin. Namun, terdapat keperluan untuk memperbaiki beberapa aspek, termasuk membezakan pemakaian mengikut kekananan pemimpin dalam organisasi adat dan memperkasakan peranan Ibu Soko. Langkah- langkah ini penting untuk melestarikan pemakaian busana adat dalam kalangan pemimpin dan mengembalikan kegemilangan amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Pages: 321
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P102644 Nor S.Azima Ismail-.pdf
  Restricted Access
Full Text4.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.