Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776201
Title: Usaha pemetaan dalam pemuliharaa bangunan bersejarah di bandar Chukai, Terenganu
Authors: Muhammad Afiq Wasie Mohd Asri
Supervisor: Nor Zalina Harun, Prof. Dr. Madya
Keywords: Pemetaan
Pemuliharaan
Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations
Dissertations Academic-- Malaysia
Issue Date: 4-Sep-2024
Abstract: Pemetaan merupakan langkah awal dalam usaha pemuliharaan bandar bersejarah dan berfungsi untuk mengenal pasti butiran aset warisan setempat dengan lengkap. Tanpanya, kelangsungan dan keberkesanan kerja pemuliharaan akan terjejas. Tumpuan pemuliharaan dalam kalangan bandar bersejarah tempatan dilihat kurang seimbang, yang mana kebanyakan pelaksanaan pemuliharaan yang baik seringkali melibatkan lokasi bandar bersejarah bersaiz besar. Namun keadaan yang sebaliknya berlaku di bandar bersejarah yang kecil. Bandar Chukai adalah sebuah contoh yang tepat menggambarkan hal ini. Meskipun mempunyai aset warisan ketara yang penting melalui bangunan bersejarahnya, namun usaha pemuliharaannya masih tidak berkesan. Kajian awal mendapati kawasan ini ketandusan strategi pemuliharaan yang bersesuaian dan menyeluruh. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat perkembangan pemuliharaan terutamanya dari sudut pemetaan sebagai satu langkah pemuliharaan yang utama di Bandar Chukai. Bandar ini merupakan bandar pelabuhan lama di Terengganu suatu ketika dahulu, di mana mempunyai perkembangan sejarah yang memberi peluang kepada pembangunan sejumlah bangunan bersejarah yang ada pada hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan 3 kaedah kutipan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temu bual separa berstruktur. Analisis dokumen melibatkan penilaian terhadap dokumen rasmi seperti Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan data pemetaan yang pernah dilaksanakan ke atas Bandar Chukai. Pemerhatian berstruktur dilakukan ke atas bangunan bersejarah bagi melihat keadaan terkini dan tahap fizikal fasadnya. Ia berlandaskan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan dan Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Bangunan. Temu bual separa berstruktur pula dijalankan bagi mengetahui pendekatan pengurusan yang diambil oleh pihak berkepentingan yang meliputi seorang wakil pegawai daripada Jabatan Perancangan Bandar Cawangan Kemaman, Majlis Daerah Kemaman, PLANMalaysia@Terengganu dan Muzium Kemaman. Kajian ini merujuk kepada pendekatan Landskap Perbandaran Bersejarah sebagai garis panduan analisis tindakan pemuliharaan yang pernah dijalankan. Hasil mendapati terdapat kecelaruan dalam pelaksanaan pemetaan dan tindakan pemuliharaan sehingga menyebabkan pengabaian kepada aset warisan sedia ada. Kajian ini mengetengahkan usaha untuk membangun, menonjol dan memperkasakan aset warisan ketara di bandar bersejarah melalui pelan tindakan yang bersesuaian untuk diaplikasikan ke atas lokasi yang turut mungkin mempunyai cabaran yang sama.
Pages: 49
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P119285 Muhammad Afiq Wasie Mohd Asri.pdf
  Restricted Access
Full Text3.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.