Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776172
Title: Status undang-undang dan kepatuhan syariah bagi teknologi kewangan penasihat robo dalam perbankan digital Islam
Authors: Nur Ailaa Borhan (P105365)
Supervisor: Ruzian Markom, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Banking law (Islamic law)
Investments (Islamic law)
Issue Date: 3-Jul-2024
Abstract: Teknologi kewangan Penasihat Robo merupakan satu lagi pembangunan produk kewangan yang menggunakan algoritma. Pelbagai jenis teknologi canggih diguna pakai dalam teknologi kewangan Penasihat Robo bagi menjana portfolio pelaburan pelanggan. Pemakaian teknologi ini sudah ada ditawarkan melalui platform-platform Penasihat Robo Malaysia. Namun masih terdapat persoalan berkenaan status undang-undang dan kepatuhan Syariah. Justeru, objektif kajian ini ialah menjelaskan konsep teknologi kewangan Penasihat Robo dalam perbankan digital Islam dan menganalisis undang-undang dan prinsip Syariah dalam mengawal teknologi kewangan Penasihat Robo. Kajian ini ialah kajian doktrinal undang-undang . Data kajian diperolehi dari perpustakaan dan internet. Analisis kandungan dibuat kepada sumber primer dan sekunder termasuk statut, kes, artikel, jurnal, garis panduan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Hasil kajian mendapati teknologi kewangan Penasihat Robo adalah dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti clan Bank Negara Malaysia. Teknologi kewangan Penasihat Robo juga adalah patuh syariah kerana penggunaannya adalah selari dengan Maqasicl Syariah yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sosial dari segi rangkuman kewangan. Namun, terdapat cabaran dari segi undang-undang untuk mengawal selia aktiviti teknologi Penasihat Robo yang memerlukan mekanisme dua peringkat peraturan, manakala cabaran dari segi kepatuhan Syariah juga dapat dilihat dengan ketiadaan rangka kerja tadbir urus Syariah untuk teknologi kewangan Penasihat Robo. Justeru, kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap rangka kerja tadbir urus Syariah teknologi kewangan Penasihat Robo yang terjamin dan dikawal selia dengan baik.
Notes: e-tesis
Pages: 98
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Status undang-undang dan kepatuhan syariah bagi teknologi kewangan penasihat robo dalam perbankan digital Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text8.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.