Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775860
Title: Perubahan keupayaan lari pecut berulang dan status oksidatif selepas latihan lari pecut di kalangan pemain hoki
Authors: Suhana Aiman (P36794)
Supervisor: Zaiton Zakaria, Prof. Madya. Dr.
Nor Anita Megat Mohd Nordin, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Athletic Performance -- physiology
Muscle Strength -- physiology
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 8-Jan-2016
Abstract: Keupayaan melaksanakan senaman berintensiti tinggi berulang kali adalah keperluan kecergasan yang penting untuk kebanyakan sukan berpasukan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan latihan lari pecut terhadap kecergasan aerobik, keupayaan lari pecut berulang dan status oksidatif di kalangan pemain hoki. Kajian ini juga dijalankan untuk menentukan kesan latihan lari pecut terhadap perubahan fisiologi dan metabolisme, stres oksidatif dan antioksidan selepas lari pecut berulang. Seramai 16 pemain hoki lelaki dibahagikan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Latihan lari pecut dijalankan sebanyak tiga kali seminggu selama lapan minggu. Ujian kecergasan aerobik dan ujian lari pecut berulang dijalankan sebelum dan selepas latihan. Sampel darah diambil sebelum, sebaik sahaja tamat, 30 minit, dan 24 jam selepas ujian lari pecut berulang. Ujian Protokol Bruce dan ujian lari pecut berulang digunakan untuk mengukur kecergasan aerobik dan keupayaan lari pecut berulang. Perubahan fisiologi dan metabolisme yang dikaji ialah kadar denyutan jantung, laktat dan laktat dehidrogenase (LDH). Stres oksidatif ditentukan melalui kepekatan malondialdehid (MDA) plasma, peratusan asid deoksiribonukleik (DNA) pada ekor komet dan paras 8-hidroksi-2’-deoksiguanosin (8-OHdG). Kreatin kinase (CK) diukur sebagai penanda kerosakan otot. Status antioksidan diukur melalui aktiviti superoksid dismutase (SOD), glutation peroksidase (GPX) dan katalase (CAT). Laktat, LDH, kadar denyutan jantung dan MDA meningkat dengan signifikan manakala CAT menurun dengan signifikan selepas lari pecut berulang (p < 0.05). Namun tiada perubahan peratusan DNA pada ekor komet, 8-OHdG, CK, SOD dan GPX yang signifikan didapati. Latihan lari pecut dengan signifikan telah meningkatkan kecergasan aerobik kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan (46.86 + 2.33 ml kg-1 min-1 lawan 44.04 + 1.09 ml kg-1 min-1 , p < 0.05). Keupayaan lari pecut berulang juga meningkat selepas latihan lari pecut. Jumlah masa berkurangan dengan signifikan dari 29.25 + 0.48 s kepada 27.48 + 0.36 s (p < 0.05). GPX dan CAT pada masa rehat meningkat sebanyak 36 % dan 38 % selepas latihan (p < 0.05). Selepas menjalani latihan lari pecut, laktat, LDH, kadar denyutan jantung dan CK meningkat dengan signifikan selepas lari pecut berulang (p < 0.05). Keputusan juga menunjukkan selepas latihan lari pecut, MDA, peratusan DNA pada ekor komet, 8-OHdG, SOD, GPX dan CAT tidak berubah selepas lari pecut berulang. Kesimpulannya, latihan lari pecut selama lapan minggu dapat meningkatkan kecergasan aerobik, keupayaan lari pecut berulang dan aktiviti enzim antioksidan pada masa rehat dan menghalang peningkatan stres oksidatif selepas lari pecut berulang.
Notes: e-tesis
Pages: 50
Call Number: QT20.5.S947p 2016 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perubahan keupayaan lari pecut berulang dan status oksidatif selepas latihan lari pecut di kalangan pemain hoki.pdf
  Restricted Access
Partial797.53 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.