Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775726
Title: Hak akses orang kurang upaya kepada bangunan awam mengikut undang-undang di Malaysia
Authors: Nur Azlina Mohamad Zahari (P85087)
Supervisor: Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr.
Rohaida Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Barrier-free design -- Law and legislation -- Malaysia
People with disabilities -- Services for -- Law and legislation -- Malaysia
People with disabilities -- Legal status, laws, etc. -- Malaysia
Issue Date: 1-Jun-2023
Abstract: Peningkatan bilangan orang kurang upaya (OKU) dalam kependudukan di Malaysia telah menyebabkan kerajaan perlu untuk mewujudkan pelbagai kemudahan, termasuk akses OKU kepada bangunan awam kerana penikmatan hak asasi yang asas banyak melibatkan hak akses. Walau bagaimanapun, undang-undang yang berkaitan dengan akses OKU kepada bangunan awam di Malaysia tidak menyeluruh dan mempunyai beberapa kelemahan, seperti kerangka perundangan Malaysia tidak sejajar dengan kandungan Konvensyen tentang Hak Orang Kurang Upaya (Convention on the Rights of Persons with Disabilities [CRPD]) di samping ruang lingkup perundangan yang terhad dan ketiadaan peruntukan undang-undang yang mewajibkan audit akses. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti model ketidakupayaan berkaitan dengan hak akses OKU kepada bangunan di samping menganalisis undang-undang antarabangsa dan undang-undang Malaysia berkaitan dengan hak akses OKU kepada bangunan awam. Kedudukan undang-undang di negara Australia dan Singapura juga dianalisis untuk mencadangkan penambahbaikan bagi menjamin hak akses OKU kepada bangunan awam di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidikan ini menggunakan pendekatan perundangan tulen yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber, terutamanya Akta OKU 2008 [Akta 685], Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UUKBS), CRPD dan keskes mahkamah. Penyelidikan ini mempunyai beberapa dapatan utama. Pertamanya, Model Hak Asasi ialah model yang relevan untuk diterima pakai kerana prinsip maruah, prinsip kesamarataan dan prinsip keterangkuman yang menyokong jaminan hak akses OKU kepada bangunan. Keduanya, CRPD merupakan undang-undang antarabangsa yang menyatakan secara jelas tentang hak akses OKU kepada bangunan awam. Ketiganya, walaupun terdapat undang-undang tentang hak akses OKU kepada bangunan awam di Malaysia, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Akta 685 dan UUKBS, namun undang-undang ini tidak lengkap. Keempatnya, undang-undang di Australia dan Singapura didapati lebih lengkap kerana hak akses OKU kepada bangunan awam dijamin dengan jelas. Oleh itu, penyelidikan ini mencadangkan agar pindaan undang-undang dilakukan. Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda, iaitu dengan memasukkan perkataan “ketidakupayaan.” Akta 685 dan UUKBS juga perlu dipinda untuk memastikan undang-undang ini sejajar dengan CRPD. Dasar tentang hak orang kurang upaya di Malaysia, khususnya hak akses kepada bangunan awam perlu diperkasakan. Selain itu, kerajaan Malaysia perlu menandatangani Protokol Pilihan kepada CRPD. Penyelidikan ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan undang-undang berkenaan dengan hak akses OKU kepada bangunan awam di Malaysia untuk menjamin kelangsungan hidup dan penglibatan penuh OKU dalam masyarakat.
Notes: e-tesis
Pages: 430
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hak akses orang kurang upaya kepada bangunan awam mengikut undang-undang di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.