Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775648
Title: Tahap kefahaman dan penghayatan ilmu fardu ain dalam kalangan warga kerja PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
Authors: Muhammad Ariff Mohd Rajoli (P108275)
Supervisor: Mohd Haidhar Kamarzaman, Dr.
Nozira Saleh, Dr.
Keywords: Islam -- Customs and practices
Police -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2023
Abstract: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan badan keselamatan terulung yang berperanan bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara. Meskipun warga kerja PDRM berdepan dengan tugas kepolisan yang begitu mencabar, namun tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan Fardhu ain tidak boleh diabaikan. PDRM telah meletakkan kalimah “Allah” dan “Muhammad” pada logo pasukan sebagai bukti kedaulatan Islam sentiasa dijunjung tinggi. Namun PDRM sering berhadapan dengan stigma kemerosotan nilai integriti segelintir warga kerjanya, sedikit sebanyak telah mencalarkan imej dan nama baik pasukan. Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap kefahaman dan penghayatan serta perlaksanaan amalan Fardhu ain dalam kalangan warga kerja PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 254 orang responden yang terdiri daripada warga kerja PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Studies (SPSS). Hasil kajian mendapati tahap perlaksanaan disertai dengan kefahaman dan penghayatan warga kerja PDRM di PULAPOL KL berada pada tahap yang tinggi. Kualiti keperibadian warga kerja PDRM berteraskan prinsip Islam perlu diperkasakan bermula dari Latihan Asas Kepolisan sehingga ke bidang penugasan PDRM.
Pages: 186
Call Number: BP174.M8333 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap kefahaman dan penghayatan ilmu fardu ain dalam kalangan warga kerja PDRM di pusat latihan Polis Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Partial1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.