Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775641
Title: Perlindungan undang-undang dan syarak terhadap individu autisme yang terlibat dengan jenayah seksual
Authors: Zuraini Yaakub (P86142)
Supervisor: Al Adib Samuri, Dr.
Mohd Hafiz Safiai, Dr.
Khazri Osman, Dr
Muhammad Nazir Alias, Dr
Keywords: Autism -- Religious aspects -- Malaysia
Sex crimes (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Oct-2023
Abstract: Autisme merupakan gangguan perkembangan neurologi yang mempengaruhi tingkah laku termasuklah tingkah laku seksual. Ini bermakna mereka lebih cenderung untuk terlibat dalam tingkah laku seksual yang tidak sesuai sehingga berisiko menjadi suspek jenayah. Meskipun autisme adalah sejenis kecelaruan mental, ia bukan dalihan yang boleh mengecualikan tindakan undang-undang. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan al-ahliyyah individu autisme, menganalisis ciri tersendiri autisme yang berisiko terlibat dengan lakuan seksual, meneliti undang-undang sedia ada yang terpakai ke atas individu autisme di Malaysia seterusnya mencadangkan garis panduan undang-undang jenayah seksual menurut syarak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul daripada analisis dokumen dan temu bual. Analisis dokumen dibuat melalui kitab fiqh, buku, akta dan jurnal. Temu bual separa struktur pula dijalankan terhadap empat kumpulan pakar. Persoalan mengenai kedudukan al-ahliyyah individu autisme ditanya kepada 15 pakar iaitu pakar syarak, pakar psikiatri, pakar forensik psikiatri, clinical psikologist, operational therapy dan ahli psikologi. Persoalan mengenai ciri tersendiri autisme yang berisiko terlibat dengan lakuan seksual disoal terhadap 10 guru. Persoalan mengenai undang-undang yang terpakai ke atas individu autisme di Malaysia disoal terhadap enam pakar iaitu hakim, peguam jenayah dan Pegawai Turus D11. Persoalan mengenai garis panduan undang-undang jenayah seksual menurut syarak pula ditanya kepada 13 pakar yang terdiri daripada pakar syarak, hakim, peguam jenayah, pakar psikiatri dan pakar forensik psikiatri. Dapatan menunjukkan kedudukan al-ahliyyah individu autisme diqiaskan sama seperti individu al-catah. Ciri individu autisme yang berisiko terlibat dengan lakuan seksual ialah cabaran komunikasi dan interaksi sosial, cabaran tingkah laku, minat, aktiviti terhad dan berulang, kebutaan minda serta komorbiditi psikiatri. Didapati Akta Kesihatan Mental, Akta Orang Kurang Upaya, Tatacara Mal, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Jenayah Syariah, Kanun Prosedur Jenayah, Tatacara Jenayah Syariah dan Garis Panduan Polis Diraja Malaysia adalah undang-undang yang terpakai ke atas individu autisme di Malaysia. Kajian ini mencadangkan garis panduan undang-undang jenayah seksual untuk individu autisme menurut syarak iaitu; i) Autisme yang berat: Culpability jenayah seumpama al-majnun. ii) Autisme yang ringan: Culpability jenayah seumpama kanak-kanak mumayyiz. Individu autisme perlu menjalani tindakan ta’dib secara berperingkat, bergantung kepada berat atau ringan jenayah seksual yang dilakukan demi memelihara maslahah dan mengelak mafsadah dalam diri mereka dan masyarakat. Implikasi kajian mencadangkan supaya ibu bapa mengintegrasikan pendekatan syarak dalam pendidikan seksualiti yang berkesinambungan dengan guru di sekolah. Individu autisme juga perlu diberikan intervensi terapeutik, sebaik sahaja didapati terlibat dengan lakuan seksual menyimpang. .
Pages: 356
Call Number: RC553.A88.Z837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perlindungan undang-undang dan syarak terhadap individu autisme yang terlibat denagn jenayah seksual.pdf
  Restricted Access
Partial2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.