Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775637
Title: Strategi dakwah United Sabah Islamic Association (USIA) terhadap mualaf di Negeri Sabah
Authors: Abdul Imam Basirun (P93678)
Supervisor: Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
Ab Ghafar Don, Prof. Dr.
Anuar Puteh
Keywords: Muslim converts -- Malaysia
Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Oct-2023
Abstract: Dakwah merupakan medium utama pengembangan agama Islam yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW berdasarkan pendekatan tertentu dan sesuai dengan sasaran tertentu. Dakwah kepada golongan yang baru memeluk Islam yang dikenali sebagai mualaf juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan latar belakang dan kemampuan mereka. Tujuan utama dakwah terhadap mualaf ialah mengukuhkan akidah, memberi kefahaman Islam seterusnya membimbing mereka agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan dengan sempurna. Namun demikian, aspek strategi dan pendekatan sering menjadi cabaran kepada organisasi dakwah bagi memastikan keberkesanan bimbingan. Kajian ini bertujuan meneroka dan menganalisis strategi dakwah USIA dalam membimbing mualaf mencapai kesempurnaan hidup sebagai seorang Muslim. Pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual secara mendalam terhadap tiga orang tokoh pendakwah USIA dilaksanakan bagi mendapat data berkaitan subjek kajian. Data yang terkumpul telah dianalisis berdasarkan pengekodan terbuka (“open coding”), pengekodan paksi (“axial coding”), dan pengekodan terpilih (“selective coding”) bagi membentuk tema-tema tertentu yang menjawab persoalan dan objektif kajian.. Kajian ini mendapati USIA telah melaksanakan lima strategi utama dalam konteks meningkatkan kualiti beragama Mualaf, iaitu: (i) Islamisasi dan institunilisasi dakwah; (ii) kepimpinan politik dan dakwah; ( iii) pengurusan dakwah; (v) strategi dakwah’ dan (vi) dakwah bil hal dan mualaf. Hasil kajian juga mendapati bahawa USIA telah melaksanakan pendekatan yang holistik dengan menggabungkan beberapa strategi dakwah melalui pendekatan ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan kebajikan dalam menyampaikan dakwah terhadap mualaf di Negeri Sabah. Implikasi kajian memberi sumbangan kepada pembangunan dan pemerkasaan kualiti hidup mualaf di Negeri Sabah di samping menjadi asas dalam merangka dasar dan polisi berkaitan dakwah mualaf oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam dakwah.
Pages: 242
Call Number: BP170.85.A235 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Strategi dakwah United Sabah Islamic Association (USIA) terhadap mualaf di Negeri Sabah.pdf
  Restricted Access
Full-text5.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.