Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775634
Title: Pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia realiti dan cabaran pengurusan pusat pendidikan alternatif
Authors: Aida Zahirah Samsudin (P110111)
Supervisor: Napisah Karimah Ismail, Dr.
Keywords: Alternative education -- Malaysia
Refugees -- Rohingya
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Sep-2023
Abstract: Kemelut pendidikan pelarian Rohingya di Malaysia sering diperkatakan kerana mereka terhalang daripada mendapat peluang mengakses pendidikan formal seperti kanakkanak lain ekoran daripada ketiadaan status warganegara dan dokumen yang sah. Walau bagaimanapun, melalui usaha yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti Rohingya telah membolehkan mereka menerima pendidikan alternatif di Malaysia. Namun wujud kepincangan dalam sistem pengurusan pusat pendidikan alternatif di Malaysia dari segi tadbir urus, kurikulum, kualiti guru dan pensijilan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti realiti pendidikan kanak-kanak pelarian Rohingya di Malaysia, mengkaji peranan pusat pendidikan alternatif serta meneliti cabaran yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut dalam mengurus pendidikan masyarakat pelarian Rohingya di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual semi-struktur terhadap kumpulan fokus di enam buah lokasi terpilih iaitu Rohingya Education Centre, LifeBridge Learning Centre, Rohingya Community Learning Centre, Knowlegde Garden Learning Centre, Rohingya Community Educare Center dan Rohingya Community School. Kajian turut disokong dengan kaedah pemerhatian dan kajian kepustakaan. Kajian mendapati bahawa pusat pendidikan alternatif yang diuruskan oleh NGO dan komuniti Rohingya dengan kerjasama UNHCR ini telah menyediakan pendidikan yang seimbang dari segi akademik, pendidikan agama dan kemahiran. Antara peranan yang dimainkan oleh pusat pendidikan alternatif adalah menguruskan sistem persekolahan, mengukuhkan ajaran Islam dan identiti Rohingya, memberi kesedaran masyarakat Rohingya tentang peri penting pendidikan serta berusaha agar pendidikan alternatif diberi pengiktirafan. Walau bagaimanapun, pusat pendidikan alternatif terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya adalah dari segi pengurusan sistem persekolahan, komitmen ibu bapa kanak-kanak Rohingya yang ada kaitan dengan budaya tradisi mereka serta masa depan kanak-kanak tersebut apabila mereka telah tamat persekolahan berikutan kesukaran mendapat pengiktirafan kerajaan. Kajian ini memberi sumbangan dan impak kepada pihak berkepentingan seperti kerajaan, NGO dan organisasi berdasarkan komuniti Rohingya dalam memperbaiki dan menambah baik sistem tadbir urus pendidikan golongan pelarian. Kesannya, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pendidikan pelarian, sekaligus membangunkan modal insan yang berkualiti dan memberi impak positif kepada pembangunan negara.
Pages: 323
Call Number: LC46.8.M4.A383 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia realiti dan cabaran pengurusan pusat pendidikan alternatif.pdf
  Restricted Access
Full-text24.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.