Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775631
Title: Amalan pewarisan harta pusaka dalam kalangan masyarakat muslim di Negeri Sembilan
Authors: Wan Nur A'ina Mardhiah Wan Rushdan (P104134)
Supervisor: Mohd Zamro Muda, Dr.
Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Inheritance and succession (Adat law)
Inheritance and succession (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Sep-2023
Abstract: Amalan pewarisan harta pusaka kecil di Negeri Sembilan adalah berbeza berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia. Hal ini disebabkan terdapatnya amalan Adat Perpatih yang berteraskan prinsip matrilineal yang mengutamakan waris wanita dalam pewarisan harta pusaka masyarakat mereka. Adanya undang-undang pentadbiran tanah adat di samping undang-undang pentadbiran harta pusaka sedia ada telah juga mempengaruhi pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Isu didapati timbul apabila masyarakat dilihat mempunyai kefahaman yang kurang terhadap pewarisan harta pusaka bukan adat dan harta pusaka adat (tanah adat) di Negeri Sembilan yang akhirnya mencetuskan konflik kepada pihak waris dan pihak pentadbir. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti konsep dan amalan pewarisan harta pusaka biasa (bukan adat) dan harta pusaka adat di Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sistem pewarisan harta pusaka dalam Islam dan sistem pewarisan dalam Adat Perpatih serta menganalisis secara perbandingan amalan pewarisan harta pusaka biasa dan harta pusaka adat (tanah adat) di Negeri Sembilan serta cabaran-cabaran yang dihadapi. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan metodologi kajian berbentuk kualitatif berdasarkan pendekatan kajian sosio-perundangan. Pengumpulan data kajian dijalankan menggunakan analisis dokumen dan kaedah temu bual mendalam melalui temu bual separa berstruktur. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif, tematik dan analisis perbandingan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan antara pewarisan harta pusaka biasa dengan harta pusaka adat di Negeri Sembilan yang melibatkan konsep dan amalan pewarisan harta pusaka, perundangan serta agensi pentadbiran, kaedah pembahagian, prosedur tuntutan, serta cabaran-cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Perbezaan-perbezaan tersebut menunjukkan Negeri Sembilan mengamalkan dua corak amalan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Kajian ini memberi implikasi kepada masyarakat sebagai panduan dan pemahaman supaya lebih celik mengenai undang-undang dan amalan pewarisan harta pusaka biasa dan harta pusaka adat, di samping kajian ini menjadi panduan untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan bagi ketua-ketua masyarakat adat dan pihak pentadbir.
Pages: 260
Call Number: KQBN.W336 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan pewarisan harta pusaka dalam kalangan masyarakat muslim di Negeri Sembilan.pdf
  Restricted Access
Full-text7.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.