Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775622
Title: Estetik retorik ayat berbilangan satu dalam Tafsir Al-Munir
Authors: Intan Nor Syahira Ahmad (P93130)
Supervisor: Md Nor Abdullah, Dr.
Keywords: Zuhayli, Wahbah Mustafa -- Tafsir al-Munir
Qurʼan -- Evidences, authority, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2023
Abstract: Kajian berkaitan aspek kemukjizatan al-Quran telah dibincangkan oleh para sarjana termasuklah icjāz cadadī. Walau bagaimanapun, elemen yang ditekankan dalam icjāz cadadī ini lebih tertumpu kepada teori matematik dan ulum al-Quran. Jika dilihat, kajian berkaitan bilangan dengan menekankan peranan gaya bahasa dan fungsinya pada ayat al-Quran tidak diterokai secara komprehensif dan tidak mendapat penumpuan yang sewajarnya. Walhal, ia amat penting bagi memahami maksud ayat secara mendalam. Oleh itu, bilangan satu dipilih menjadi fokus dalam kajian ini kerana ia adalah bilangan paling banyak disebutkan dalam ayat al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti definisi dan konsep kemukjizatan al-Quran daripada aspek ayat yang mengandungi penyebutan bilangan satu dalam Tafsīr al-Munīr. Selain itu, ia bertujuan mengkaji konsep dan perbincangan bilangan satu serta menganalisis penggunaan bilangan satu, fungsi dan peranan gaya bahasa dalam menyerlahkan lagi keindahan maksud gaya bahasa al-Quran. Pendekatan berbentuk kualitatif iaitu analisis dokumen digunakan dalam kajian ini melalui kaedah penganalisisan deskriptif, induktif dan komparatif dengan berpandukan teori Naẓm al-Jurjānī. Kaedah pengumpulan data kajian ini melalui kajian kepustakaan menggunakan sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa konsep kemukjizatan al-Quran daripada aspek bilangan disebutkan dalam bentuk perkataan dan bukan dalam bentuk simbol angka. Bahkan, ia turut mempunyai hubungkait yang rapat dengan aspek lain iaitu sudut bahasa. Konsep bilangan satu seringkali dikaitkan dengan ketauhidan kepada Allah SWT dan penegasan tentang sifat keesaanNya. Kajian ini merungkai penyebutan tersebut dengan makna yang lebih luas tanpa mengkhususkan kepada sifat Allah SWT sahaja. Penyebutan bilangan satu dikenal pasti menerusi lafaz aḥada dan waḥada melibatkan 13 gaya bahasa estetik yang merangkumi 20 ayat dalam al-Quran berdasarkan Tafsīr al-Munīr. Fungsi bilangan satu juga dilihat antaranya sebagai penegasan, penafian dan untuk menjelaskan sesuatu perkara. Kajian ini dapat menyumbang kepada penerokaan awal kepada kajian lanjutan berkaitan fungsi dan peranan bilangan dalam al-Quran selain menyumbang kepada kefahaman yang lebih utuh terhadap al-Quran melalui gaya bahasa.
Pages: 177
Call Number: BP130.73.I538 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Estetik retorik ayat berbilangan satu dalam tafsir Al-Munir.pdf
  Restricted Access
Full-text2.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.