Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775503
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazri Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorAzren Al Aqib Mohamad Faizal (P101631)en_US
dc.date.accessioned2024-08-23T07:35:35Z-
dc.date.available2024-08-23T07:35:35Z-
dc.date.issued2024-02-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775503-
dc.description.abstractPengajian ilmu tafsir di Sarawak bermula pada kurun ke-19 di daerah Kuching. Antara tokoh-tokoh ilmuwan dalam bidang tafsir pada masa itu ialah Syiekh Haji Othman Abdul Wahab, Datuk Hakim Imam Morshidi bin Awang Haji Nuruddin dan Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah. Pengajian tafsir terus berkembang dan bandar Kuching merupakan bandar yang pesat membangunkan pengajian tafsir hingga kini. Permasalahan kajian adakah Masjid India dan Masjid Bahagian Kuching sahaja yang wujud pengajian tafsir, bagaimana pula dengan masjid yang lain. Haji Syam'un menggunakan kitab Tafsir Pimpinan Al-Rahman dan terjemahan kitab Tafsir fl Zilal al-Quran dalam pengajaran beliau. Dari itu, adakah kaedah dan sumber tafsir yang digunakan oleh para pengajar sama atau lain. Sekiranya menggunakan kaedah dan sumber yang lain, bagaimanakah pendekatan mereka terhadap kaedah dan sumber yang digunakan tersebut. Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tentang perkembangan tafsir di daerah Kuching, Sarawak berserta dengan kaedah pengajian tafsir, manhaj yang digunakan ketika mengajar tafsir dan apa sumber tafsir yang digunakan dalam pengajaran tafsir. Metode yang digunakan adalah dengan merujuk bahan-bahan bercetak seperti tesis-tesis lama dan juga buku-buku yang berkaitan dengan pengajaran tafsir yang dilakukan di Sarawak dan juga di negerinegeri lain seperti Johor, Kelantan dan Terengganu digunakan sebagai perbandingan dengan pengajian tafsir yang dilakukan di Kuching, Sarawak. Temu bual yang telah dilakukan terhadap pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak Unit Masjid dan Surau seperti pegawai yang menguruskan Tauliah Mengajar Agama dan juga pegawai pengurus Kelas Takmir bagi mendapatkan maklumat aktiviti-aktiviti masjid serta tenaga pengajar tafsir ini di masjid-masjid yang terlibat. Selain itu, temu bual juga telah dilakukan dengan dua orang pengajar tafsir di masjid-masjid di daerah Kuching, Sarawak. Masjid Bahagian Kuching dan Masjid Darul Ibadah telah dipilih sebagai skop kajian ini. Kajian ini mendapati kaedah pengajaran yang berbeza tetapi sumber yang digunakan dalam pengajaran tafsir di masjid-masjid di Kuching, Sarawak adalah sama. Kajian ini mendapati bahawa meskipun dua pengajar menggunakan sumber tafsir yang sama iaitu menggunakan kitab Tafsir Jbnu Kathir, tetapi pendekatan mereka adalah berbeza. Pengajar yang mengajar di Masjid Darul Ibadah memulakan pengajaran mengikut kronologi surah al-Quran. Pengajar akan mengaitkan surah yang diajar tersebut dengan isu-isu semasa sekiranya wujud. Manakala pengajar dari Masjid Bahagian Kuching pula memulakan pengajaran dari akhir surah sehingga awal surah. Hal ini kerana pengajar Masjid Bahagian Kuching itu berkehendak untuk mementingkan pengajaran akidah yang wujud di penghujung surah-surah Al-Quran kepada masyarakat. Cadangan kajian agar pengajar tafsir di masjid yang lain boleh menggunakan bahan ajaran yang berbeza untuk menampakkan variasi dalam pengajaran tafsir kepada masyarakat yang dilakukan di daerah Kuching, Sarawak.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectQurʼan -- Hermeneuticsen_US
dc.subjectQurʼan -- Criticism, interpretation, etc.en_US
dc.subjectQurʼan -- Commentariesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePerkembangan pengajian tafsir di masjid-masjid di daerah Kuching, Sarawaken_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages101en_US
dc.identifier.callnoBP130.2.A997 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007467en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perkembangan pengajian tafsir di masjid-masjdi di daerah Kuching Sarawak.pdf
  Restricted Access
Partial2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.