Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775500
Title: Perlaksanaan bantuan zakat perniagaan kepada usahawan asnaf di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Authors: Norhayati Mohamad Nor (P108986)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Zakat -- Malaysia
Muslim businesspeople -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jan-2024
Abstract: Zakat merupakan mekanisme untuk mewujudkan keadilan dalam masyarakat bagi mengurangkan jurang kemiskinan antara golongan kaya dan miskin. Institusi zakat pula merupakan penghubung antara pembayar dan penerima zakat yang memainkan peranan penting untuk mengutip dan mengagihkan zakat secara efisien. Asnaf sebagai penerima zakat hendaklah tidak bergantung kepada dana zakat semata-mata dalam sumber kehidupan. Ini kerana Islam menekankan kepada setiap Muslim untuk meletakkan usaha bagi menjana pendapatan. Oleh yang demikian, platform keusahawanan dilaksanakan sebagai mekanisme untuk mentransformasikan asnaf bukan produktif menjadi asnaf produktif. Sementara itu, ketiadaan pemantauan dan latihan khusus kepada asnaf sebagai penerima bantuan zakat perniagaan memberi kesan kepada kegagalan asnaf berbanding kejayaan dalam perniagaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana perlaksanaan bantuan zakat perniagaan kepada usahawan asnaf di MAIWP serta menggunakan konsep al-Qard al-Ḥasan sebagai kerangka teori dalam pemberian tersebut. Kajian ini menggariskan objektif untuk menganalisis faktor-faktor kegagalan bantuan zakat perniagaan, mengkaji latihan dan pemantauan terhadap bantuan zakat perniagaan serta mencadangkan al-Qard al-Ḥasan dalam bantuan zakat perniagaan kepada usahawan asnaf di Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kaedah kualitatif dengan menjalankan kaedah analisis kandungan dan temubual bagi pengumpulan data. Kajian ini dijalankan di MAIWP Kuala Lumpur dan menggunakan data utama menerusi kaedah temu bual mendalam ke atas tujuh orang informan kajian yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan bantuan zakat perniagaan kepada usahawan asnaf. Kajian ini mendapati sikap dan tingkah laku negatif yang menjadi faktor-faktor kegagalan usahawan asnaf di MAIWP. Begitu juga pembangunan keusahawanan dalam kalangan asnaf di MAIWP yang berkesan memerlukan kepada sistem pemantauan dan latihan yang sistematik. Dalam perkara ini, justifikasi menjalankan pembiayaan al-Qard menerusi dana zakat sangat releven kerana kajian mendapati bahawa usahawan asnaf memohon pinjaman kepada institusi lain, pembiayaan al-Qard telah dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan wang zakat dan terdapat model pembiayaan al-Qard yang menggunakan dana zakat. Kajian ini diharapkan dapat merintis ruang yang lebih luas dalam memahami hubungan antara perlaksanaan bantuan zakat perniagaan dengan usahawan asnaf di Malaysia.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 127
Call Number: BP180.N636 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perlaksanaan bantuan zakat perniagaan kepada usahawan asnaf di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp).pdf
  Restricted Access
Partial1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.