Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775499
Title: Kerangka agihan zakat semasa pandemik di Malaysia
Authors: Muhammad Muzakkir Yazib (P115843)
Supervisor: Hasanah Abd Khafidz, Dr.
Keywords: Zakat -- Malaysia
COVID-19 Pandemic, 2020- -- Economic aspects -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Feb-2024
Abstract: Keperluan kepada bantuan zakat telah meningkat dengan ketara semasa pandemik COVID-19 melanda. Ia berpunca daripada kehilangan pekerjaan, perniagaan yang terjejas, kepadatan pesakit COVID-19 di hospital, pembelajaran atas talian dan sebagainya. Keadaan ini memberi tekanan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengagihkan bantuan zakat secara maksimum dan segera semasa pandemik kepada asnaf sedia ada dan pemohon baru yang terjejas teruk. Memandangkan pandemik COVID-19 merupakan musibah yang jarang berlaku dan berbeza cara menghadapinya, timbul kesukaran di pihak institusi zakat hingga menimbulkan pelbagai isu berkaitan agihan zakat. Oleh itu, kajian perlu dilakukan untuk membangunkan kerangka agihan zakat semasa pandemik di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kaedah pelaksanaan agihan zakat yang dilakukan oleh institusi zakat dan MAIN di Malaysia, menganalisis prinsip-prinsip agihan zakat dan membangunkan kerangka agihan zakat semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data kajian lapangan secara temu bual separa berstruktur dengan sembilan orang pegawai tinggi zakat di institusi zakat di Malaysia. Data dianalisis secara pengekodan tematik menggunakan ATLAS.ti9 dan diikuti dengan pembangunan kerangka agihan zakat. Hasil kajian mendapati terdapat lapan elemen utama dalam kaedah pelaksanaan agihan zakat oleh institusi zakat dan MAIN ketika pandemik COVID-19 iaitu golongan sasaran, ciri-ciri penerima zakat, platform mengesan golongan sasaran, medium permohonan zakat, kaedah siasatan dan pengesahan, skim bantuan zakat, kaedah pengagihan bantuan zakat dan jalinan kerjasama. Selain itu, terdapat sembilan prinsip agihan semasa pandemik iaitu keutamaan, menyeluruh, ketetapan, hak, pengawasan, ḥad kifayah, amanah dan telus. Implikasi kajian ini ialah institusi zakat dan MAIN, ahli akademik dan muzakki serta mustahiq dapat menggunakan kerangka yang dibangunkan sebagai garis panduan utama dalam melaksanakan agihan zakat kepada golongan terjejas jika negara ditimpa bencana atau malapetaka yang teruk pada masa akan datang.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 266
Call Number: BP180.M836 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka agihan zakat semasa pandemik di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial2.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.