Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775496
Title: Konsep negara Islam di Malaysia dan Kelantan dalam kalangan guru Maahad kawalan Yayasan Islam Kelantan
Authors: Mohammad Hasan Sharafi Che Mohd Adli (P104807)
Supervisor: Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
Muhamad Faisal Ashaari, Dr.
Keywords: Islam and state -- Malaysia
Muslim teachers -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Apr-2024
Abstract: Guru Maahad kawalan Yayasan Islam Kelantan merupakan kumpulan penjawat awam di dalam bidang pendidikan yang terikat dengan etika keguruan dan sistem pendidikan di peringkat arus perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan yang berlainan ideologi dalam pemahaman konsep Negara Islam. Guru Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan di dalam suatu kajian sebahagiannya tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri dari segi pentadbiran termasuklah pengurusan gaji, kenaikan pangkat dan corak kepimpinan yang didasari oleh polisi Membangun Bersama Islam yang menunjukkan tekad Kelantan menjadi sebuah negeri Islam. Pemahaman parti yang menguasai kerajaan pusat terhadap konsep Negara Islam memungkinkan perbezaan persepsi guru Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan terhadap konsep Negara Islam yang telah terlaksana di Malaysia yang tidak diiktiraf PAS dengan gelaran Malaysia negara sekular. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pemahaman, penerimaan dan persepsi guru terhadap pelaksanaan konsep Negara Islam di Malaysia dan Kelantan. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan data dari soal selidik digunakan dan sampel dipilih secara rawak dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS) for window (version 26.0). Guru Maahad Kawalan dipilih kerana mereka telah ditempatkan di sekolah elit kelolaan kerajaan negeri yang pastinya lebih memahami hasrat kerajaan. Responden terdiri dari 237 guru Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman terhadap konsep Negara Islam dalam kalangan guru adalah sangat tinggi dengan skor min 4.70, penerimaan juga sangat tinggi dengan skor min 4.72. Persepsi guru Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan terhadap pelaksanaan konsep Negara Islam di Malaysia dan Kelantan juga sangat tinggi dengan skor min 4.47 dan 4.45. Kajian juga mendapati pemahaman konsep Negara Islam mempunyai hubungan korelasi signifikan yang sangat kuat dengan penerimaan dan persepsi di Malaysia dan sederhana kuat dengan persepsi di Kelantan. Implikasi kajian menunjukkan Malaysia dan Kelantan telah menepati ciri-ciri sebuah Negara Islam dan berusaha ke arah sebuah Negara Islam sempurna. Ia secara tidak langsung menggambarkan Malaysia dan Kelantan sebagai contoh pengaplikasian dan pengimplementasian Islam di dalam pentadbiran awam negara dan negeri.
Pages: 222
Call Number: BP173.6.M838 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep negara Islam di Malaysia dan Kelantan dalam kalangan guru Maahad Yayasan Islam Kelantan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.