Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775493
Title: Ketokohan Haji Muhammad Said bin Umar di dalam Tafsir Nur al-Ihsan kajian terhadap aspek metodologi
Authors: Izmir Fareez Noorazalan (P100071)
Supervisor: Mohd Nazri Ahmad, Dr.
Keywords: Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an -- Commentaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Sep-2023
Abstract: Tafsir Nūr al-Iḥsān merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Haji Muhammad Said bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275 H / 1854 M di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Tafsir Nūr al-Iḥsān dihasilkan pada tahun 1927 M ketika dunia masih belum memiliki teknologi yang tinggi, peralatan yang lengkap dan rujukan yang sukar dicari tetapi beliau mampu menghasilkan kitab tafsir ini dalam tempoh 2 tahun. Justeru itu, kajian ini bertujuan memperkenalkan Haji Muhammad Said bin Umar dengan memaparkan latar belakang kehidupan dan pendidikan beliau sebagai ulama tafsir pertama yang menulis kitab tafsir berbahasa Melayu, seterusnya memperkenalkan kitab Tafsir Nūr al-Iḥsān serta mengkaji metode penulisan dan pentafsiran yang digunakan dalam kitab tersebut. Samada metode penulisannya sama dengan kitab-kitab tafsir yang lain dan metode pentafsiran yang digunakan, apakah beliau menggunakan kaedah Tafsīr Bi al-Ma`thūr ataupun Tafsīr Bi al-Ra`yi. Kajian ini adalah kajian kualitatif berdasarkan permasalahan kajian yang telah dinyatakan. Pendekatan yang sesuai untuk kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Haji Muhammad Said bin Umar telah menggunakan metode penulisan yang hampir sama dengan kitab rujukan beliau iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan beliau telah menggunakan kedua-dua kaedah pentafsiran di dalam kitab tafsirnya iaitu Tafsīr Bi al-Ma`thūr dan Tafsīr Bi al-Ra`yi. Implikasi kajian mencadangkan perlunya penambahbaikan terhadap kitab Tafsir Nūr al-Iḥsān ini khususnya terhadap metodologinya yang dilihat mempunyai persamaan dengan kitab rujukannya iaitu Tafsīr al-Jalālayn.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / DoktorFalsafah”
Pages: 212
Call Number: BP130.4.I996 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ketokohan Haji Muhammad Said bin Umar di dalam tafsir Nur Al-Ihsan kajian aspek metadologi.pdf
  Restricted Access
Partial1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.