Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775493
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Nazri Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorIzmir Fareez Noorazalan (P100071)en_US
dc.date.accessioned2024-08-23T07:11:57Z-
dc.date.available2024-08-23T07:11:57Z-
dc.date.issued2023-09-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775493-
dc.description.abstractTafsir Nūr al-Iḥsān merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Haji Muhammad Said bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275 H / 1854 M di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Tafsir Nūr al-Iḥsān dihasilkan pada tahun 1927 M ketika dunia masih belum memiliki teknologi yang tinggi, peralatan yang lengkap dan rujukan yang sukar dicari tetapi beliau mampu menghasilkan kitab tafsir ini dalam tempoh 2 tahun. Justeru itu, kajian ini bertujuan memperkenalkan Haji Muhammad Said bin Umar dengan memaparkan latar belakang kehidupan dan pendidikan beliau sebagai ulama tafsir pertama yang menulis kitab tafsir berbahasa Melayu, seterusnya memperkenalkan kitab Tafsir Nūr al-Iḥsān serta mengkaji metode penulisan dan pentafsiran yang digunakan dalam kitab tersebut. Samada metode penulisannya sama dengan kitab-kitab tafsir yang lain dan metode pentafsiran yang digunakan, apakah beliau menggunakan kaedah Tafsīr Bi al-Ma`thūr ataupun Tafsīr Bi al-Ra`yi. Kajian ini adalah kajian kualitatif berdasarkan permasalahan kajian yang telah dinyatakan. Pendekatan yang sesuai untuk kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Haji Muhammad Said bin Umar telah menggunakan metode penulisan yang hampir sama dengan kitab rujukan beliau iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan beliau telah menggunakan kedua-dua kaedah pentafsiran di dalam kitab tafsirnya iaitu Tafsīr Bi al-Ma`thūr dan Tafsīr Bi al-Ra`yi. Implikasi kajian mencadangkan perlunya penambahbaikan terhadap kitab Tafsir Nūr al-Iḥsān ini khususnya terhadap metodologinya yang dilihat mempunyai persamaan dengan kitab rujukannya iaitu Tafsīr al-Jalālayn.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectQur'an -- Criticism, interpretation, etc.en_US
dc.subjectQur'an -- Commentariesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKetokohan Haji Muhammad Said bin Umar di dalam Tafsir Nur al-Ihsan kajian terhadap aspek metodologien_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / DoktorFalsafah”en_US
dc.format.pages212en_US
dc.identifier.callnoBP130.4.I996 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007439en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ketokohan Haji Muhammad Said bin Umar di dalam tafsir Nur Al-Ihsan kajian aspek metadologi.pdf
  Restricted Access
Partial1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.