Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775269
Title: Penentuan corak diet berdasarkan analisis komponen utama dan hubungannya dengan status pemakanan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia
Authors: Nurul Hasanah Hasmuni Chew (P100338)
Supervisor: Nur Zakiah Mohd Saat, Dr.
Wong, Jyh Eiin, Prof. Madya Dr.
Poh, Bee Koon, Prof. Dr.
Keywords: Feeding Behavior
Dietary Patterns
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jul-2024
Abstract: Analisis corak diet berdasarkan kaedah a posteriori sering digunakan untuk memahami diet secara keseluruhan dan perkaitannya dengan risiko kesihatan. Namun, kajian yang menggunakan kaedah ini untuk memahami corak diet kanak-kanak prasekolah masih lagi kurang di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak diet dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berusia tiga hingga enam tahun dan mengkaji hubungannya dengan status pemakanan. Suatu kajian keratan rentas telah dijalankan sebagai sebahagian daripada South East Asian Nutrition Surveys II (SEANUTS II) melibatkan 645 orang kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia. Kaedah tiga langkah ingatan diet 24-jam telah digunakan untuk menilai pengambilan makanan untuk satu hari melalui temu bual dengan ibu bapa. Makanan yang diambil oleh subjek dikelompokkan kepada 16 kumpulan makanan berdasarkan profil pemakanan. Corak diet ditentukan menggunakan analisis komponen utama. Berat badan, ketinggian, komposisi tubuh turut diukur dan skor-z bagi indek jisim tubuh (IJT)-untuk-umur (BAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ), berat-untuk-umur (WAZ) dan berat-untuk-tinggi (WHZ) dikira untuk menilai status pemakanan. Majoriti daripada subjek merupakan kanak-kanak lelaki (51.5%) dan min umur ialah 5.1 ± 1.0 tahun. Min bagi WAZ ialah - 0.47 ± 1.42 SP, HAZ -0.63 ± 1.04 SP, WHZ -0.23 ± 1.28 SP dan BAZ pula ialah -0.14 ± 1.47 SP. Kajian ini mendapati sebanyak 11.9% kanak-kanak dikategorikan sebagai berlebihan berat badan dan obes, 10.2% kekurangan berat badan, 3.2% kesusutan dan 8.7% adalah bantut. Lima corak diet dihasilkan iaitu corak diet ‘sihat’, ‘bijirin penuh dan sayuran berkanji’, ‘tinggi garam dan gula’, ‘makanan barat’ dan ‘minuman bergula dan kekacang’ di mana masing-masing menjelaskan 10.4%, 10.1%, 9.2%, 9.0% dan 8.6% daripada variasi keseluruhan. Corak diet sihat adalah tinggi dengan pengambilan buahan, ikan dan makanan laut, sayuran dan rendah pengambilan makanan segera (francais). Corak diet bijirin penuh dan sayuran berkanji terdiri daripada sayuran berkanji, bijirin penuh, bijirin sarapan, roti mil penuh dan nasi perang. Corak diet tinggi garam dan gula menunjukkan tinggi pengambilan sapuan, kondimen, perasa namun rendah dengan pengambilan mi dan hidangan mi. Corak diet makanan barat kaya dengan makanan terproses, gula-gula, coklat, jeli dan aiskrim. Corak diet minuman bergula dan kekacang terdiri daripada minuman bergula, susu kultur dan minuman yogurt bergula, kekacang, bijian dan legum. Berbanding dengan etnik lain, etnik Melayu menunjukkan kepatuhan tertinggi terhadap corak diet tinggi garam dan gula (p<0.001) dan corak diet minuman bergula dan kekacang (p<0.05). Analisis regresi linear berganda menunjukkan corak diet bijirin penuh dan sayuran berkanji mempunyai perkaitan signifikan dengan WAZ (β=0.321, p<0.05) dan HAZ (β=0.291, p<0.05) manakala corak diet tinggi garam dan gula berkait secara negatif dan signifikan dengan WHZ (β=-0.377, p<0.05) setelah diselaraskan dengan kovariat iaitu umur, jantina, kumpulan etnik dan jumlah pengambilan tenaga. Kesimpulannya, peningkatan kepatuhan kepada corak diet bijirin penuh dan sayuran berkanji didapati melindungi daripada masalah kurang pemakanan seperti kurang berat badan dan kebantutan manakala kepatuhan kepada corak diet tinggi garam dan gula boleh meletakkan kanakkanak kepada risiko kesusutan. Oleh itu, tabiat pemakanan yang sihat harus dipupuk dari usia muda untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia.
Notes: e-tesis
Pages: 187
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penentuan corak diet berdasarkan analisis komponen utama.pdf
  Restricted Access
Partial3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.