Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775255
Title: Pembangunan institusi sektor kebajikan dalam sistem ekonomi negara, zakat, wakaf dan takaful
Authors: Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa
Conference Name: Persidangan Meja Bulat: Ekonomi Hadhari
Keywords: Sistem ekonomi Islam
Zakat
Conference Date: 2008-11-25
Conference Location: Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Sesebuah sistem ekonomi akan mempunyai tiga sektor utama iaitu Sekor Awam, Sektor Swasta dan Sektor Kebajikan. Ini juga benar dalam sistem ekonomi Islam. Berbanding perkembangan pembangunan dan peranan sektor kerajaan dan swasta yang agak terperinci, sektor kebajikan lazimnya dikaitkan dengan isu-isu kemiskinan, kesengsaraan dan keperluan untuk digembelingkan usaha pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan anggota masyarakat untuk memperbaiki keadaan hidup pihak berkaitan. Dari perspektif yang kontra, sektor kebajikan dilihat sebagai suatu bebanan. Secara perbandingan, dilihat pada zaman pemerintahan Islam Khilafah Uthmaniyah, perkembangan sektor kebajikan lebih utama secara relatif kepada sektor Kerajaan dan Swasta. Peranan sektor kebajikan sangat ketara dalam penyediaan kemudahan prasarana masyarakat, perkhidmatan awam, pendidikan dan agama, kesihatan, dan juga menjaga kebajikan orang miskin dan susah. Sektor kebajikan yang maju telah dapat mewujudkan suatu sistem masyarakat yang mandiri dan tidak bergantung kepada kerajaan. Selain perkembangan yang amat memberangsangkan dalam hal Zakat, dua institusi lain yang mempunyai potensi yang amat luas untuk diperkembangkan ialah Wakaf dan Takaful. Kertas kerja ini menggariskan potensi pembangunan kedua-dua institusi tersebut di Malaysia.
Pages: 17
Call Number: BP173.75.P4695 2008 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.