Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775163
Title: | Kajian Pilihanraya Umum ke-12 di Wilayah Persekutuan Labuan |
Authors: | Mohd Azri Ibrahim |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Sistem demokrasi Pilihan raya Parti politik |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi yang berteraskan kuasa rakyat. Hal ini adalah bersesuaian dengan definisi demokrasi iaitu demos bermaksud people dan kratia bermaksud power atau government. Atau, lebih popular dikenali umum definisi Abraham Linchon bahawa demokrasi adalah of the people, by the people and for the people. Salah satu prinsip demokrasi dalam sesebuah negara ialah popular competition yang merujuk kepada persaingan umum oleh rakyat dalam pilihanraya umum. lni bermakna dalam sesebuah negara demokrasi, pembentukan kerajaan yang akan memerintah negara adalah ditentukan oleh proses pilihanraya umum yang akan diadakan secara berkala. Dengan wujudnya pilihanraya ini bermakna rakyat akan menggunakan peluang ini untuk memberi mandat kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memerintah negara. Proses pilihanraya dan pengundian ini akan mewujudkan kesesuaian dan persetujuan antara rakyat yang memilih dengan wakil atau parti yang dipilih. Sejak kebelakangan ini iklim politik tanah air cukup menarik untuk dibincang dan dianalisis oleh pemikir politik, ahli politik ataupun masyarakat umum keseluruhannya. Menariknya perkembangan politik Malaysia sekarang dapat dilihat dari aspek persaingan parti politik dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya selepas pilihanraya umum yang ke - 12. Senario politik Malaysia telah mengalami perubahan selepas pilihanraya umum lalu terutamanya di Semenanjung tetapi perubahannya tidak begitu ketara di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Persoalannya di sini ialah mengapa angin perubahan ini berlaku di Semenanjung dan tidak banyak perubahan di Sabah & Sarawak. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa Sabah & Sarawak telah menyelamatkan kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional dan pengundi di dua buah negeri ini masih lagi setia memberi undi kepada parti-parti komponen dalam BN. Bertitik tolak daripada fenomena dan pernyataan ini, satu kajian telah dijalankan terhadap pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan Labuan (Parlimen P166) bagi melihat pola pengundian dan isu-isu yang dibangkitkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini. Pada masa yang sama, dapatan kajian ini juga akan dikaitkan dengan pendekatan atau teori ilmiah kajian politik iaitu pendekatan pilihan rasional dan pendekatan identifikasi parti. |
Pages: | 138-139 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.