Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774885
Title: Kesan testosteron ke atas ekspresi connexin pada peringkat awal kehamilan tikus
Authors: Datu Agasi Mohd Kamal (P92695)
Supervisor: Mohd Helmy Mohktar, Dr.
Siti Fatimah Ibrahim, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Early pregnancy loss
Embryo implantation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Oct-2019
Abstract: Penempelan embrio merupakan suatu proses terkawal yang melibatkan interaksi antara blastosista dan endometrium yang reseptif. Tempoh reseptif bagi endometrium dikawal atur oleh hormon seks seperti estrogen dan progesteron serta berkait dengan ekspresi connexin 26 dan connexin 43, yang mana merupakan komponen utama bagi simpang renggang antara sel pada endometrium tikus dan juga manusia. Testosteron merupakan hormon seks lelaki yang mana ia diperlukan semasa proses penempelan embrio. Walau bagaimanapun, kepekatan testosteron yang tinggi dalam wanita boleh mengganggu proses awal penempelan embrio dan menyebabkan keguguran di peringkat awal kehamilan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan testosteron kepada ekspresi gen dan taburan connexin 26 dan connexin 43 pada endometrium tikus. Dalam kajian ini, model haiwan invivo digunakan di mana 30 ekor tikus Sprague-Dawley yang hamil dibahagikan kepada lima kumpulan dengan 6 ekor bagi setiap kumpulan kemudian dirawat dengan 0.1 ml minyak kacang tanah, 1 mg/kg/hari testosteron (dos suprafisiologikal), kombinasi 1mg/kg/hari testosteron bersama 5 mg/kg/hari flutamide (penghalang reseptor androgen), kombinasi 1 mg/kg/hari testosteron bersama 1 mg/kg/hari finasteride (perencat 5α-reduktase) dan kombinasi 1 mg/kg/hari testosteron bersama 1 mg/kg/hari anastrozole (perencat aromatase). Tikus-tikus ini dirawat dengan diberikan suntikan subkuteneus selama tiga hari bermula dari hari pertama kehamilan sehingga hari ketiga yang mewakili peringkat awal kehamilan. Tikus-tikus ini kemudiannya dikorbankan pada hari keempat. Perubahan pada ekspresi gen dan taburan lokasi connexin 26 dan connexin 43 dianalisis dengan menggunakan ujian masa nyata pembalikan transkripsi tindak balas berantai polimerase (RT-qPCR) dan ujian immunohistokimia. Keputusan qPCR menunjukkan ekspresi mRNA bagi connexin 26 meningkat secara signifikan (p<0.05) manakala connexin 43 menurun secara signifikan (p<0.05) bagi semua kumpulan rawatan kecuali pada kumpulan rawatan testosteron bersama flutamide jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Keputusan immunohistokimia pula menunjukkan taburan connexin 26 dikesan pada epitelium luminal endometrium dan epitelium kelenjar rahim dengan peningkatan pada intensiti pewarnaan dapat dilihat pada semua kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan secara relatif. Manakala, bagi connexin 43 pula, ujian immununohistokimia menunjukkan taburan connexin 43 hanya dikesan pada bahagian stroma endometrium dan intensiti pewarnaanya secara relatif menurun bagi semua kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, walaupun rawatan dengan testosteron pada kepekatan yang tinggi tidak mempengaruhi taburan connexin 26 dan connexin 43 namun ia meningkatkan kadar ekspresi connexin 26 dan menurunkan kadar ekpresi connexin 43 ketika tempoh reseptif endometrium pada tikus. Hal ini menggugat fisiologi normal endometrium reseptif yang boleh menyebabkan gangguan pada proses penempelan seterusnya menyebabkan keguguran di peringkat awal kehamilan.
Pages: 96
Call Number: QT20.5.D232k 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan testosteron ke atas ekspresi Connexin pada peringkat awal kehamilan tikus.pdf
  Restricted Access
Full-text5.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.