Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774810
Title: Perubahan profil metabolik jantung tikus yang mengalami infarksi miokardium aruhan isoprenalin oleh fraksi kaya tokotrienol minyak sawit
Authors: Khairul Anwar Zarkasi (P88270)
Supervisor: Zakiah Jubri@Mohd Zufri, Prof. Madya. Dr.
Tan Jen Kit, Dr.
Keywords: Myocardial Infarction
Vitamin E -- therapeutic use
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2019
Abstract: Infarksi miokardium (MI) menyebabkan perubahan metabolit hasil daripada pengurangan tenaga, tekanan oksidatif dan penurunan metabolisme asid amino. Fraksi kaya tokotrienol (TRF) mempunyai kesan pelindung jantung yang lebih baik berbanding tokoferol. Namun, kajian mekanisme pelindung jantung oleh TRF terhadap MI di peringkat metabolit masih belum banyak dikaji. Tikus Sprague-Dawley jantan telah dibahagikan kepada kumpulan sihat (kawalan), MI aruhan isoprenalin (ISO) (MI), MI aruhan ISO disuplementasi 20 mg/kg/hari TRF (20TRF+MI) atau dengan 200 mg/kg/hari TRF (200TRF+MI), dan tikus sihat disuplementasi TRF (20TRF atau 200TRF). Pra-rawatan TRF melalui gavaj oral harian diberikan selama 12 minggu diikuti suntikan ISO (85 mg/kg/hari) untuk mengaruh MI pada dua hari terakhir. Serum vitamin E dianalisis menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi manakala profil metabolik ditentukan dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi ultra-tinggi digandingkan dengan spektrometri jisim orbitrap beresolusi tinggi. Pra-rawatan TRF meningkatkan serum α-tokoferol secara signifikan dalam kumpulan 20TRF+MI dan 200TRF+MI berbanding MI. Sebanyak 19 metabolit telah berubah dalam kumpulan MI berbanding kawalan, 27 metabolit dalam kumpulan 20TRF/200TRF berbanding kawalan dan 50 metabolit dalam kumpulan 20TRF+MI/200TRF+MI berbanding MI. Perubahan tersebut melibatkan tapak jalan metabolisme D-glutamina dan D-glutamat, metabolisme alanina, aspartat dan glutamat, metabolisme gliserofosfolipid, metabolisme glutation, dan metabolisme arginina dan prolina. MI aruhan ISO meningkatkan perubahan lipatan (FC) glutamat dan 5-oksoprolina masing-masing sebanyak 4.2 dan 14.6 kali ganda berserta penurunan FC fosfatidiletanolamina sebanyak 2.5-3.3 kali ganda berbanding kawalan. Suplementasi TRF pada dos 200 mg/kg/hari didapati menurunkan FC glutamat dan 5- oksoprolina masing-masing sebanyak 3.3 dan 10.9 kali ganda, di samping meningkatkan FC fosfatidiletanolamina sehingga 2.8-11.3 kali berbanding kumpulan MI. TRF turut mengurangkan FC glutation teroksida dan L-arginina sebanyak masing masing 5.0 dan 3.3 kali ganda berbanding kumpulan MI. Kesimpulannya, TRF pada dos 200 mg/kg/hari berupaya menunjukkan kesan pelindung jantung dengan cara meningkatkan molekul penting autofagi, menambah penghasilan tenaga kepada jantung daripada asid amino serta memperbaiki sistem antioksidan sewaktu MI.
Pages: 167
Call Number: QU20.K45p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.