Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774712
Title: Aktiviti fizikal, daya ketahanan kardiorespiratori dan kualiti hidup dalam kalangan Kanak-kanak kurang upaya fizikal
Authors: Nimale Supramaniam (P97070)
Supervisor: Asfarina Zanudin, Dr.
Nor Azura Azmi, Dr.
Deepashini Harithasan, Dr.
Keywords: Disabled Children
Physical Activity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-May-2024
Abstract: Kanak-kanak kurang upaya fizikal dilaporkan mempunyai aktiviti fizikal yang lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka yang tipikal, dan ini membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan. Kanak-kanak ini yang kurang menyertai aktiviti fizikal didapati mempunyai daya ketahanan kardiorespiratori dan kualiti hidup yang rendah. Mengenal pasti halangan dan fasilitator dalam menyertai aktiviti fizikal adalah penting kerana ia melengkapkan pemahaman pendekatan yang lebih baik untuk meningkatkan penyertaan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap aktiviti fizikal dan hubungan antara tahap aktiviti fizikal terhadap daya ketahanan kardiorespiratori dan kualiti hidup dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya fizikal yang berjalan menggunakan alat bantuan atau tidak. Kajian ini akan menentukan kesan pengantaraan daya ketahanan kardiorespiratori terhadap hubungan antara tahap aktiviti fizikal dan kualiti hidup. Selain itu, kajian ini akan meneroka halangan dan fasilitator kepada penyertaan aktiviti fizikal dari perspektif ibu bapa. Kajian kaedah campuran melibatkan dua kaedah kajian iaitu; 1) kaedah kuantitatif melibatkan kajian keratan rentas, dan 2) kaedah kualitatif melibatkan temu bual separa berstruktur. Seramai 172 kanak-kanak kurang upaya fizikal, berumur 8-17 tahun, dari Hospital Tunku Azizah telah menyertai kajian kaedah kuantitatif dan 12 ibu bapa dalam kaedah kualitatif. Soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C (M)) digunakan untuk mengukur tahap aktiviti fizikal dan 6 Minute Walking Test (6-MWT) digunakan untuk mengukur daya ketahanan kardiorespiratori. Kualiti hidup diukur menggunakan Pediatric Quality of Life Inventory versi 2.0 (PeadsQL 2.0). Data kualitatif ditranskripsi dan dianalisis menggunakan analisis kandungan tematik. Purata umur bagi peserta kajian ini adalah 10.82±2.27 tahun dan melibatkan 55.8% peserta wanita dan 44.2 % peserta lelaki. Majoriti peserta ini menghidap cerebal palsy (CP) (57.0%), diikuti oleh kecederaan otak (TBI) (18.6%), Down Sindrom (DS) (13.4%), strok (9.9%) dengan spina bifida (1.2%). Analisis deskriptif digunakan untuk mengukur tahap aktiviti fizikal dan 49.4% peserta melaporkan tahap aktiviti fizikal yang rendah, 44.2% dengan tahap yang sederhana dan 6.4% peserta dengan tahap yang tinggi. Korelasi yang signifikan didapati pada kanakkanak yang berjalan dengan atau tanpa bantuan berjalan antara PAQC (M) dan 6-MWT (r=0.893, p<.001 dan r=0.914, p<0.001) dan PedsQL 2.0 (r=0.886, p<0.001dan r=0.922, p<0.001). Kesan tidak langsung peramal tahap aktiviti fizikal (p<0.001) melalui daya ketahanan kardiorespiratori (p<.001) terhadap kualiti hidup adalah signifikan bagi kedua-dua kumpulan, menunjukkan bahawa daya ketahanan kardiorespiratori adalah perantara separa antara aktiviti fizikal dan kualiti kehidupan. Empat tema telah dikenal pasti pada populasi ini: 1) fizikal, 2) psikologi, 3) logistik dan 4) persekitaraan. Kanak-kanak ini didapati menghadapi beberapa halangan untuk menyertai aktiviti fizikal, termasuk kekurangan kemahiran fizikal, persepsi peribadi, keluarga dan sosial, kemudahan dan sekatan kewangan. Fasilitator utama yang dikenal pasti ialah peranan pihak berkepentingan seperti ahli keluarga, kebajikan, komuniti dan Kerajaan serta komunikasi untuk memastikan penyertaan berterusan dalam aktiviti fizikal. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa populasi ini mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah. Tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi dikaitkan dengan daya ketahanan kardiorespiratori dan kualti hidup yang lebih baik. Halangan dan fasilitator yang dikenal pasti harus dipertimbangkan, dan intervensi serta program yang berkesan boleh direka bentuk untuk meningkatkan penyertaan dalam aktiviti fizikal.
Pages: 202
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Aktiviti fizikal, daya ketahanan kardiorespiratori dan kualiti hidup dalam kalangan Kanak-kanak kurang upaya fizikal..pdf
  Restricted Access
Full-text2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.