Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774508
Title: Bolasepak dalam proses pembinaan nasional
Authors: Haijon Gunggut
Alexius Korom
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Integrasi nasional
Bola sepak
Integrasi kaum
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Salah satu tujuan pembinaan nasional adalah kewujudan sebuah negara yang stabil melalui pemantapan integrasi antara kaum. Satu cara untuk memahami proses pembinaan nasional adalah melalui bolasepak iaitu sukan yang paling popular di dunia. Tujuan utama kertas pembentangan ini adalah untuk menerangkan proses integrasi nasional melalui perkembangan bolasepak di samping pengurusan bersistematik menggunakan GIS padang-padang bolasepak yang sedia ada bertujuan untuk pemantauan. Peranan sukan bolasepak semasa zaman penjajahan dan selepas penubuhan Malaysia turut dikupas. Sukan bolasepak telah meningkatkan integrasi kaum dengan memberikan peluang kepada warga tempatan yang berbilang bangsa bukan sahaja untuk berinteraksi sesama mereka tetapi juga menjadi wadah kepada mereka untuk bersaing dengan para penjajah secara setara semasa beraksi di dalam padang. Sejak pertengahan 1990an, lebih ramai pemain bukan tempatan bermain untuk pasukan Sabah. Pada masa yang sama, lebih ramai pemain tempatan Sabah yang berhijrah ke Semenanjung dan Sarawak untuk bermain dengan pasukan bolasepak di sana. Perkembangan sukan bolasepak khususnya di kalangan belia dapat dipertingkatkan melalui pemantauan dan penyelenggaraan padang-padang secara lebih teratur dengan menggunakan GIS. Padang-padang ini ditentusahkan menggunakan teknologi GPS sebelum dimasukkan di dalam persekitaran data GIS. lni dapat dilihat melalui databes padang-padang bolasepak di sekitar Kota Kinabalu.
Pages: 130
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.