Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774506
Title: Konstruktivisme : memahami Malaysia dalam konteks rantau dan global
Authors: Nor Azizan Idris
Zarina Othman
Saliha Hassan
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Hubungan antarabangsa
Hubungan diplomatik
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Perubahan iklim politik global dan regional yang tiada ketentuan tanpa disedari menuntut negara untuk lebih bersedia dalam menangani pelbagai masalah dan isu transnasional yang tidak diundang, seperti terorisme, wabak penyakit berjangkit selsema burung dan HIVAIDS, penyeludupan dadah dan manusia, ekonomi dunia yang tidak menentu dan hegemoni US. Selain memberi cabaran dan ransangan baru ke arah penilaian semula peranan serta kedudukan Malaysia dalam konteks rantau dan global, ia juga memberi ruang yang lebih luas untuk negara dalam rantau yang sama lebih bermufakat dalam menangi 'isu-isu bersama' tanpa campurtangan dari pihak aktor luar. Malaysia seagai negara kecil tetapi mempunyai peranan signifikan dalam organisasi ASEAN telah lama dan dikira berjaya mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia yang bukan sahaja kompleks dengan masalah politik serantau malah pada waktu yang sama juga harus berdepan dengan percaturan kepentingan kuasa besar. Persoalan yang ditangani dalam kertas kerja ini ialah teori yang paling mampu menjelaskan apa yang dialami oleh Malaysia dan transformasi hubungan antarabangsanya sebagai sebuah negara berdaulat. Apakah yang sesuai dalam menerangkan peranan Malaysia, terutamanya dalam konteks ASEAN dan global amnya, apabila berhadapan dan terpaksa menangani faktor transformasi dan cabaran terkini antarabangsa. Kertas kerja ini berdasarkan projek Geran Universiti Penyelidikan (GUP) yang sedang berjalan:UKM- GUP-TKS-07-12-100
Pages: 129
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.