Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774138
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Saiful Azhar Rosly | - |
dc.contributor.editor | Ahmad Sobri Jaafar | - |
dc.contributor.editor | Abdul Razak Chik | - |
dc.date.accessioned | 2024-05-28T02:28:34Z | - |
dc.date.available | 2024-05-28T02:28:34Z | - |
dc.identifier.isbn | 9839559176 | en_US |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774138 | - |
dc.description.abstract | Pada umumnya, ekonomi pembangunan atau 'Development Economics' adalah satu cabang bidang ekonomi yang merujuk kepada pengajian masalah ekonomi negara dunia ketiga. Ianya juga menjelaskan penggunaan teori-teori neoklasik sebagai penyelesaian ke atas masalah tersebut. Di sini istilah pembangunan diertikan sebagai pertumbuhan ekonomi yang melibatkan reformasi dan penyusunan semula institusi, adat dan nilai masyarakat yang berkenaan, supaya ianya dapat menghasilkan faktor-faktor yang diperlukan untuk pertumbuhan. Definisi ini memerlukan sedikit penjelasan. Negara maju melihat pertumbuhan ekonomi sebagai satu fenomena yang berpunca daripada kegiatan ekonomi semata-mata. Dengan lain perkataan, berasaskan falsafah serta nilai budayanya terhadap kegiatan ekonomi, sistem kapitalis telah berjaya menghasilkan satu pertumbuhan ekonomi yang pesat dan stabil. Justeru itu, mereka berjaya mencapai taraf permodenan yang tinggi, kemajuan dan kekuasaan politik-ekonomi dunia. Dalam hal ini, negara membangun yang dahulunya ditindas melalui penjajahan negara maju, ingin mencapai dan mengalami tahap permodenan dan pertumbuhan tersebut. Bagi mencapai impian ini, nasihat serta petunjuk dari negara maju perlu diambil kira dengan serius. Sememangnya penasihat negara maju akan mengemukakan kaedah yang telah mereka gunakan dalam membangunkan ekonomi di negara mereka sendiri. Ini termasuklah sikap serta falsafah hidup perekonomian yang liberal, serta pembentukan teori dan polisi yang berlandaskan kaedah positivisme dalam merangka strategi pembangunan dan pengawalan ekonomi. Dengan itu, sistem ekonomi Barat ditonjolkan sebagai model yang utama dan berkemampuan dalam menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah sosio-ekonomi negara dunia ketiga. Di sinilah bermulanya punca masalah dalam usaha permodenan negara tersebut. Pertumbuhan ekonomi di negara maju diperolehi hasil daripada kewujudan beberapa syarat, andaian serta implikasi falsafah hidup 'laissez-faire' dan 'utilitarianisme' yang perlu dalam kesempurnaan pembentukan teori pertumbuhan dan perlaksanaan strategi ekonomi. Keadaan ini adalah berbeza di negara membangun kerana faktor-faktor tersebut tidak wujud dengan sempurna. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam UUM | en_US |
dc.subject | Ekonomi pembangunan | en_US |
dc.subject | Teori neoklasik | en_US |
dc.subject | Reformasi | en_US |
dc.subject | Strategik | en_US |
dc.title | Konsep pembangunan dari kaca mata Islam | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 81-112 | en_US |
dc.identifier.callno | BP173.75.K87 1989 n.2 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Prosiding Kursus Ekonomi Islam: Asas, Falsafah dan Aplikasi | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah Kampus Bandar Darulaman | - |
dc.date.conferencedate | 1989-11-16 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.