Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774034
Title: Penentuan mutasi pada gen glisin dekarboksilase, aminometiltransferase dan sistem pemecahan glisin protein-h di kalangan pesakit hiperglisinemia bukan ketotik
Authors: Nor Azimah Abdul Azize (P46944)
Supervisor: Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.
Syed Zulkifli Syed Zakaria, Prof. Dr.
Keywords: Amino Acid Metabolism, Inborn Errors
Glycine -- metabolism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2015
Abstract: Ensefalopati glisin (GCE) atau hiperglisinemia bukan ketotik adalah penyakit kepincangan metabolisma terwaris yang diwarisi secara autosomal resesif disebabkan oleh kecacatan pada salah satu daripada empat enzim iaitu aminometiltransferase (AMT), glisin dikarboksilase (GLDC), sistem pemecahan protein-H (GCSH) dan dihidrolipoamid dihidrogenase di dalam sistem pemecahan glisin. Kecacatan ini menyebabkan pengumpulan glisin di dalam tisu badan termasuk otak dan menyebabkan pelbagai simptom neurologi seperti pembekakan otak, hipotonia, apnea, sawan dan selalunya pesakit meninggal dunia. Dalam kajian ini 14 orang pesakit daripada 13 buah keluarga yang mempunyai ciri-ciri klinikal dan biokimia berkaitan GCE dikaji untuk menentukan mutasi pada gen AMT, GLDC dan GCSH menggunakan penjujukan langsung dan penyusunan semula genom untuk gen GLDC menggunakan kit Multiple Ligation dependant Probe Amplification (MLPA) P209. Data penjujukan DNA dianalisa menggunakan perisian SeqScape versi 2.5 (Applied Biosystems) manakala data MLPA dianalisa menggunakan perisisan GeneMarker versi 1.85 (SoftGenetics) dan Coffalyser (MRC-Holland). Hasil kajian menunjukkan mutasi pada semua 14 orang pesakit. Tujuh pesakit (50%) mempunyai mutasi dalam gen GLDC, enam pesakit (43%) mempunyai mutasi dalam gen AMT dan satu pesakit (7%) mempunyai mutasi hanya pada satu alel iaitu dalam gen GLDC. Kebanyakan mutasi dalam gen GLDC dan AMT adalah mutasi salah erti dan khusus bagi sesebuah keluarga. Menariknya, dua mutasi iaitu p.Arg265His dalam gen AMT dan p.His651Arg dalam gen GLDC didapati sering ditemui di dalam subpopulasi kaum Penan. Tiada mutasi ditemui dalam gen GCSH. Mutasi-mutasi di dalam kedua-dua gen GLDC dan gen AMT didapati sebagai penyebab utama bagi penyakit GCE di kalangan populasi Malaysia.
Pages: 26
Call Number: QU20.N822p 2015 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.