Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774033
Title: Kesan ekstrak etanolik daun Morinda Citrifolia (MC) ke atas prestasi senaman pada tikus Sprague -Dawley betina
Authors: Muhammad Zaid Zainuddin (P76971)
Supervisor: Faizah Othman, Prof. Madya. Dr.
Kamisah Yusof, Prof. Madya. Dr.
Farida Hussan, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Morinda
Phytotherapy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Apr-2018
Abstract: Morinda citrifolia (MC) ialah herba yang terkenal dengan pelbagai khasiat perubatan seperti antioksidan, antikanser dan antibakteria. Walau bagaimanapun, kurang kajian mengenai kesannya terhadap peningkatan stamina, peningkatan prestasi senaman dan pengurangan keletihan fizikal. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan pengambilan oral ekstrak 50% etanol daun MC ke atas prestasi senaman dan keletihan fizikal pada model haiwan. Tiga puluh ekor tikus Sprague-Dawley betina dibahagikan kepada lima kumpulan, iaitu kumpulan Kawalan (C); Sedentari (S); Senaman (EX); Ekstrak daun MC 1000 mg/kg/hari (MC); Senaman dan ekstrak daun MC 1000 mg/kg/hari (MC+EX). Ekstrak daun MC diberikan secara paksaan oral selama 8 minggu. Kesemua kumpulan kajian diberikan akses kepada diet biasa dan air secara ad libitum. Kumpulan senaman telah menjalani senaman 1 jam/hari selama 6 hari seminggu sepanjang tempoh kajian. Pada akhir tempoh kajian, kumpulan S, EX, MC dan MC+EX telah melalui ujian ketahanan untuk menentukan prestasi ketahanan dan stamina. Ujian ketahanan merupakan ujian renang dengan pemberat 10% daripada berat badan tikus, diikat pada pangkal ekor tikus dan tikus dipaksa berenang sehingga keletihan. Tahap keletihan diselaraskan kepada takat tikus tidak lagi mampu kembali ke permukaan air selama 10 saat. Prestasi senaman dan keletihan fizikal ditentukan melalui tempoh masa ujian ketahanan. Pengambilan makanan dan berat badan direkodkan secara harian. Sebelum tikus dibunuh, serum darah tikus diambil melalui sinus retro-orbital bagi penentuan penanda keletihan; iaitu aras laktat dehidrogenase (LDH), creatine kinase (CK) dan glukosa. Otot jantung dan otot gastroknemius diambil bagi ujian histomorfometri, imunohistokimia dan analisa mikroskop elektron. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan di antara kumpulan kajian bagi purata penambahan berat badan dan pangambilan makanan. Keputusan ujian ketahanan menunjukkan perbezaan signifikan di antara kumpulan EX dan MC, iaitu pengambilan ekstrak daun MC tanpa senaman menurunkan tahap ketahanan sebanyak 68.75%. Keputusan ini selaras dengan analisa penanda keletihan pada serum iaitu terdapat peningkatan signifikan CK pada kumpulan MC, dan peningkatan signifikan LDH pada kumpulan MC dan MC+EX berbanding dengan kumpulan lain. Analisa mikroskop elektron pada tisu otot jantung dan otot gastroknemius menunjukkan kecederaan miofiber dalam kumpulan EX, MC dan MC+EX. Tanda-tanda kecederaan pada otot jantung kumpulan EX, MC dan MC+EX seperti kehilangan struktur normal dan pembengkakan mitokondria jelas kelihatan. Tanda kecederaan pada otot gastroknemius, seperti kesan calitan ringan pada garis Z, tidak begitu ketara. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa pengambilan ekstrak 50% etanolik daun MC 1000 mg/kg/hari tidak meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan pada model haiwan. Sebaliknya, penemuan kajian mencadangkan bahawa pengambilan ekstrak 50% etanolik daun MC 1000 mg/kg/hari mengganggu fisiologi dalaman dan mengakibatkan kecederaan pada tisu otot justeru menurunkan ketahanan tikus. Ini menunjukkan bahawa dos yang tinggi mempunyai kesan toksik pada model haiwan sementara dos yang lebih rendah mungkin lebih bersesuaian.
Pages: 32
Call Number: QS20.5.M952k 2018 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan ekstrak etanolik daun Morinda Citrifolia (MC) ke atas prestasi senaman pada tikus Sprague - Dawley betina.pdf
  Restricted Access
Partial475.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.