Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/774032
Title: Penanda saluran darah di kalangan wanita muda yang mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular
Authors: Musilawati Muhajir (P76975)
Supervisor: Amilia Aminuddin, Dr.
Azizah Ugusman, Dr.
Keywords: Cardiovascular Diseases -- diagnosis
Early Medical Intervention -- methods
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Aug-2018
Abstract: Ujian saringan penyakit kardiovaskular (CVD) penting bagi menurunkan prevalens penyakit tersebut di kalangan wanita dan ianya telah terbukti di negara berpendapatan tinggi. Beberapa penanda saluran darah telah dikenalpasti membantu memantapkan penilaian risiko mendapat CVD pada masa akan datang seperti ketebalan intima media arteri karotid (CIMT), halaju gelombang nadi karotid-femoral (PWVcf), indeks augmentasi (AIx) dan Protein reaktif-C bersensitiviti tinggi (hs-CRP). Selain itu, penanda saluran darah baru telah dibangunkan iaitu indeks kecergasan fotopletismografi jari (PPGF) dan indeks jangkaan risiko saluran darah (VRPI). Objektif kajian ini adalah i) membandingkan tahap penanda saluran darah di kalangan wanita muda sihat atau mempunyai faktor risiko CVD, ii) dan juga menentukan hubungan di antara PPGF dengan lain-lain penanda saluran darah serta hubungan mereka dengan skor risiko Framingham (FRS) jangka masa pendek dan panjang dan iii) Objektif akhir kajian adalah menentukan sensitiviti VRPI dalam mengenalpasti wanita muda yang mempunyai faktor risiko CVD. Kajian ini melibatkan wanita berumur 20 hingga 40 tahun yang sihat atau mempunyai faktor risiko CVD. Faktor risiko CVD didefinisi sebagai tekanan darah (BP) sistolik/ BP diastolik >140/90 mmHg, ukur lilit pinggang (WC)>80 cm, dislipidemia, merokok dan positif sejarah keluarga dengan CVD pramatang. Pengumpulan data merangkumi umur, berat, tinggi, indeks jisim tubuh (BMI), WC, BP pusat, BP periferi, tahap aktiviti fizikal, profil lipid, glukosa, CIMT, PWVcf, AIx, hs-CRP, PPGF, VRPI dan FRS jangka masa pendek dan panjang. Jumlah subjek ialah 148 dan dikategorikan sebagai kumpulan sihat (HG, n=71) dan kumpulan mempunyai faktor risiko CVD (RG, N=77). Purata umur subjek ialah 29.97+5.27 tahun. Berbanding HG, kumpulan RG mempunyai aras PWVcf, AIx dan hs-CRP lebih tinggi. Tiada perbezaan bagi CIMT dan PPGF antara kedua-dua kumpulan ini. Di kalangan penanda saluran darah, didapati tiada hubungan kecuali PPGF berkadar songsang dengan PWVcf (r=-0.255). AIx dan hs-CRP berkorelasi dengan FRS jangka masa pendek dan panjang manakala CIMT dan PWVcf mempunyai hubungan dengan FRS jangka masa panjang. PPGF tidak mempunyai hubungan dengan FRS jangka masa panjang dan pendek. Sensitiviti VRPI dalam mengesan individu yang mempunyai faktor risiko CVD adalah 77.9%. Kesimpulannya, PWVcf, AIx dan hs-CRP adalah penanda salur darah yang dapat mengesan kerosakan awal saluran darah di kalangan wanita muda. PPGF berkorelasi dengan PWVcf dan berpotensi sebagai penanda kekerasan arteri. Akhir sekali, VRPI adalah sensitif dalam mengesan individu yang mempunyai faktor risiko CVD.
Pages: 47
Call Number: QT20.5.M985p 2018 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penanda saluran darah di kalangan wanita muda yang mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular.pdf
  Restricted Access
Partial695.03 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.