Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773928
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZainuddin Jaffar-
dc.date.accessioned2024-04-30T01:48:19Z-
dc.date.available2024-04-30T01:48:19Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773928-
dc.description.abstractKertaskerja ini ingin membuat kupasan mengenai cabaran-cabaran danwah semasa khususnya dalam aspek pengama/an dan applikasi ajaran Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan. Usaha menyebarkan Islam dalam masyarakat sebagai satu cara hidup yang komprehensif adalah satu usaha yang memerlukan ilmu, skil, komitmen dan pengorbanan. Sepanjang zaman, kerja-kerja daNwah telah mendapat suluhan petunjuk dan contoh ikutan Rasulullah SAW ketika baginda melakukan transformasi total masyarakat dari paradigma jahiliyyah kepada paradigma Islamiyyah. Di dalam da 'wah baginda juga telah tergabung aspek lisan al-maqal (berdakwah dengan kata-kata) dan /isan al-ha! (berdakwah dengan amalan, perbuatan dan tindakan). Dalam zaman moden masakini, cabaran-cabaran dakwah adalah sangat hebat dan rencam sekali. Usaha-usaha da 'wah terus dijalankan oleh pelbagai pihak dengan menggunakan pelbagai kaedah - syarahan, ceramah, da 'wah kelompok, da 'wah individu dan sebagainya. Caragayanya juga dipelbagaikan bersesuaian dengan era information communication technology (JCT} dan telah membuahkan hasil yang baik. Satu lagi dimensi yang akan menjadi fokus kertas ini adalah keberkesanan dan impak yang dibawa oleh da 'wah secara amalan dalam konteks membuktikan betapa ajaran Islam adalah sesuai, relevan dan menawarkan jalan keluar dan solution kepada masyarakat manusia. Aspek ini yang kadangkala dipanggil applied Islam (Islam Gunaan) telah dapat mengetuk pintu aka/ dan logika manusia dan mencabar minda dan kuasa intelektual mereka, buat mencabar paradigma lazim - iaitu Islam telah ditakrifkan dengan takrif sempit sebagai agama ritual. Sebaliknya, Islam telah dapat dibuktikan sebagai saalihun Ii kulli zaman wa makan (sesuai, relevan dan viable untuk semua masa dan tempat) dan umat yang memakainya pula adalah umat terbaik (khayra ummah). Kertas ini akan memberi tumpuan khusus kepada beberapa aspek hidup di mana Islam telah dapat menawarkan penyelesaian-penyelesaian kepada permasalahan manusia - misalnya dalam bidang pengurusan (management), pentadbiran (administration) dan kepimpinan (leadership) di mana petunujuk-petunjuk Islam sejak zaman Rasulullah SAW telah terbukti unggul dalam menangani banyak persoalan etika dan nilai era pengurusan masakini yang dipenuhi dengan salah laku, skandal, pelanggaran etika dan sebagainya. Etika kerja dan panduan good governance Islam sepertimana yang ditampilkan oleh perbahasan 'ulama ' Islam sepanjang zaman seperti al-Mawardi melalui Al-Ahkam al-Sultaniyyah dan ramai lagi, telah diterimapakai dan diperakukan sebagai paradigma yang kukuh, stabil dan luwes bagi kegunaan manusia sepanjang zaman. Etika Pengurusan Islam yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia dan Brunei adalah contoh kes yang akan diketengahkan untuk membuktikan betapa prinsip-prinsip kenegaraan, pentadbiran dan pengurusan Islam boleh berdiri teguh dan memberikan kekuatan kepada pengurusan moden. Tidak syak lagi, pembuktian melalui amalan dan praktik ini mampu mendatangkan impak yang hebat dalam arena da 'wah buat melengkapi aspek da 'wah melalui kaedah lain.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectAjaran Islamen_US
dc.subjectDakwahen_US
dc.titleKeberkesanan dalam da'wah melalui Al-Da'wah Bi'l-Hal - fokus kepada amalan dan etika pengurusan Islamen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages83-84en_US
dc.identifier.callnoBP170.85.S496 2006 semen_US
dc.contributor.conferencenameSeminar Serantau Pemikiran Da'wah: Peranan dan Pengalaman-
dc.coverage.conferencelocationDewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam-
dc.date.conferencedate2006-09-19-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.