Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773904
Title: | Budaya dan gaya fikir kontemporari belia Cina di Malaysia |
Authors: | Ezhar Tamam Azimi Hamzah Mohammad Rezai Hamzah Turiman Suandi |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia |
Keywords: | Budaya Sub-Budaya Belia Masyarakat Cina |
Conference Date: | 2004-10-05 |
Conference Location: | Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi |
Abstract: | Konsep budaya atau Sub-Budaya kerap digunakan oleh ahli sains sosial bagi menerangkan fenomena kehidupan belia. Secara umumnya belia di Malaysia adalah terdiri daripada individu yang berumur di antara 15 tahun 40 tahun. Statistik kependudukan Malaysia menjelaskan belia berumur di antara 15-30 tahun berjumlah 9.77 juta orang. lni memberi gambaran kepada kita bahawa golongan ini berpotensi besar dalam pembangunan negara. Perkembangan dan pembangunan negara yang pesat telah membawa kepada cabaran pembentukan budaya dan identiti yang positif di kalangan belia negara. Budaya dan ldentiti diri adalah penting kerana ia dapat menggambarkan gaya hidup seseorang individu. Kajian mengenai pemahaman identiti dan budaya kontemporari belia Cina Malaysia telah dijalankan dengan melibatkan 401 belia Cina daripada pelbagai latar belakang. Kajian ini meneliti fenomena budaya belia Cina Malaysia yang dilihat dari segi budaya hidup beragama, budaya belanja dan menabung, budaya hedonisme, budaya hidup bebas, budaya amalan pemakanan, budaya media komunikasi dan budaya mengisi masa lapang. Di samping itu kajian ini juga menerangkan gaya fikir belia negara berdasarkan identiti keagamaan, makna hidup, kekeluargaan, kerjaya, pendidikan, politik, budaya dan nilai hidup serta aspirasi. Elemen gaya fikir ini dapat memberi gambaran tentang pembentukan nilai-nilai positif yang diperlukan dalam pembangunan negara yang cemerlang. Penyerlahan identiti kontemporari dan nilai budaya belia Cina di dalam pembangunan negara dapat dilihat melalui budaya dan identiti yang terdapat pada individu tersebut. Penemuan ini amat diperlukan oleh penggubal dasar dan agensi-agensi pembangunan belia negara untuk perancangan program-program belia yang lebih seimbang dari segi emosi, minda, fizikal, kerohanian dan pembinaan karektor. |
Pages: | 1-15 |
Call Number: | BP170.85.S476 2004 sem |
Publisher: | Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.