Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773864
Title: | Impak program latihan terhadap kualiti hidup para peserta |
Authors: | Rohana Yusof Che Su Mustaffa |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Program latihan Institusi latihan |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, jatidiri dan kewibawaan masyarakat perlu ditingkatkan. Dari segi ilmu, cabang-cabang ilmu termasuklah pengetahuan teknikal dan pembangunan teknologi akan dapat memastikan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kehidupan yang semakin mencabar dan kompetatif. Sehubungan itu, kemahiran serta pengetahuan teknologi terkini perlu ditingkatkan melalui latihan teknikal supaya bakal-bakal usahawan dapat dilahirkan. Selaras dengan fenomena ini, kertas kerja ini membincangkan tentang keberkesanan program-program latihan yang ditawarkan oleh salah sebuah institusi latihan. Perbincangan kajian adalah merujuk kepada persepsi bekas pelatih terhadap latihan yang diikuti serta cadangan untuk mempertingkatkan program latihan. Perbincangan dalam kertas kerja ini berdasarkan kepada maklumat yang didapati daripada 89 orang bekas pelatihj yang telah mengikuti program latihan di institusi berkenaan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui sosal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa program-program latihan yang diikuti dapat meningkatkan kualiti hid up peserta tetapi agak kurang berjaya dari segi melahirkan usahawan seperti yang diharapkan. Terdapat berbagai faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Faktor-faktor yang berkenaan serta cadangan untuk meningkatkan mutu program latihan dibincangkan dalam kertas kerja ini. |
Pages: | 113-114 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.