Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773264
Title: Pembangunan alat penilaian tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak 4 hingga 6 tahun di Malaysia
Authors: Zati Izni Achmy (P110542)
Supervisor: Nor Afifi Razaob, Dr.
Masne Kadar, Prof. Madya Dr.
Farahiyah Wan Yunus, Dr.
Keywords: Child Development
Motor Skills
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Feb-2024
Abstract: Tulisan tangan ialah kemahiran asas untuk membolehkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam pembelajaran bilik darjah, seperti mencatat nota, membuat kerja rumah dan semasa peperiksaan. Masalah tulisan tangan dari zaman kanak-kanak akan berlarutan dan bertambah teruk jika tiada intervensi awal dijalankan. Masalah ini boleh memberi kesan kepada pembelajaran akademik seterusnya keyakinan diri kanak-kanak. Penilaian tulisan tangan diperlukan untuk menilai masalah dan membolehkan intervensi awal dijalankan. Sehingga kini, tiada penilaian tulisan tangan dibangunkan dalam Bahasa Melayu khusus untuk populasi di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan penilaian tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak berusia 4-6 tahun di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dan dibahagikan kepada tiga fasa; i) pembangunan, ii) kesahan kandungan dan kebolehpercayaan iii) pembangunan aplikasi. Persampelan bertujuan dan persampelan mudah digunakan untuk mendapatkan responden kajian. Data analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tematik, analisis kandungan, anaslisis deskriptif, CVI, modified kappa scores, ICC, SEM, Cronbach alpha dan skor Z. Berdasarkan penemuan dari fasa satu penilaian tulisan tangan OTulis dibangunkan terdiri daripada lapan tugasan iaitu pegangan pensel, postur, kawalan motor halus, ketepatan motor halus, memori visual, menyalin bentuk, pengecaman huruf, dan menyalin ayat. Analisis CVI menunjukkan julat I-CVI, S-CVI/Ave dan S-CVI/UA masing-masing pada 0.88-1.00, 0.99-1.00, 0.90-1.00. OTulis mempunyai perjanjian antara penilai yang sangat baik dengan skor kappa yang diubah suai ialah 0.88-1.00. Seterusnya, OTulis mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang sangat baik dengan nilai Cronbach alpha ialah 0.88. Manakala, ICC bagi semua item dinilai berada dalam julat 0.46-0.96, menunjukkan OTulis mempunyai kebolehpercayaan uji ulang uji yang lemah hingga cemerlang. Seterusnya, OTulis dibangunkan dalam bentuk aplikasi dan telah melalui ujian kebolehgunaan. Ujian kebolehgunaan menunjukkan aplikasi OTulis sesuai dan boleh digunakan. Kesimpulannya, penilaian tulisan tangan OTulis sah dan boleh dipercayai untuk menilai kemahiran tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak berusia 4-6 tahun di Malaysia.
Pages: 208
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan alat penilaian tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak 4 Hingga 6 tahun di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.