Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773256
Title: Penentuan peramal utama berkaitan ketidaksuburan dalam kalangan pesakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dI Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Authors: Hasnoorina Husin (P89007)
Supervisor: Siti Balkis Budin, Prof. Dr.
Asmah Hamid, Prof. Madya Dr.
Ismarulyusda Ishak, Prof. Madya Dr.
Keywords: Polycystic Ovary Syndrome
Metabolism
Infertility
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Oct-2022
Abstract: Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) merupakan gangguan metabolisme yang mempunyai kaitan yang rapat dan penyebab utama ketidaksuburan dalam kalangan wanita khususnya yang masih diusia reproduktif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti peramal utama yang mempunyai kaitan dengan masalah ketidaksuburan dalam kalangan pesakit PCOS. Kajian secara rentas melalui teknik persampelan rawak mudah yang melibatkan pesakit yang mengalami ketidaksuburan yang hadir pada Januari hingga November tahun 2018 di Klinik Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN Kuala Lumpur, Malaysia. Maklumat sejarah perubatan, sosiodemografi, Indeks Jisim Badan (BMI), tekanan darah, ukuran lilitan pinggang dan pemeriksaaan hirsutisme diperolehi ketika temu janji pertama di Klinik Subfertiliti, LPPKN. Ujian darah dilakukan untuk penentuan profil lipid, paras hormon reproduktif dan paras glukosa. Penentuan sindrom metabolik dan hiperandrogenisme terhadap pesakit juga dilakukan. Seterusnya pesakit PCOS didiagnos berdasarkan Kriteria Rotterdam. Data dianalisa menggunakan ujian t tidak bersandar, ujian Khi kuasa dua (χ2), dan binari regresi logistik pada aras signifikan p<0.05. Sejumlah 179 (80%) orang pesakit daripada 223 orang telah berjaya mengikuti kajian ini sehingga tamat. Daripada 179 pesakit, 84 (47%) orang didiagnos mengalami PCOS dan 95 (53%) orang lagi tidak mengalami PCOS. Melalui ujian t tidak bersandar, pesakit PCOS menunjukkan purata ukur lilit pinggang, BMI, tekanan darah, dan paras trigliserida serta FSH yang lebih tinggi manakala paras hormon progesteron adalah rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan tiada PCOS. Ujian Khi kuasa dua (χ2) pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan (p<0.05) bagi ukur lilit pinggang, BMI, tekanan darah dan hirsutisme, paras progesteron serta FSH, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dan kewujudan sindrom metabolik terhadap pesakit PCOS. Bagi perbandingan gangguan metabolik dan paras hormon reproduksi dengan faktor sosio demografik pesakit PCOS, hasil ujian t tidak bersandar mendapati paras hormon testosteron lebih rendah dan paras hormon progesteron yang lebih tinggi bagi pesakit PCOS berumur lebih daripada 35 tahun berbanding kurang daripada 35 tahun manakala paras HDL lebih tinggi secara signifikan pada pesakit PCOS berpendapatan melebihi RM3 000. Binari regresi logistik menunjukkan hormon progesterone, FSH dan sindrom metabolik adalah signifikan sebagai variabel peramal yang mempengaruhi ketidaksuburan dalam kalangan pesakit PCOS iaitu sebanyak 44.50% (variabel peramal). Kesimpulannya, penemuan kajian ini mendapati paras hormon progesteron, FSH dan sindrom metabolik adalah peramal utama bagi ketidaksuburan pesakit PCOS dan dapatan ini juga dapat membantu dalam memberikan rawatan yang sesuai.
Pages: 120
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.