Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773255
Title: Keberkesanan minyak pati Piper aduncum Linn. (fam: piperaceae) sebagai bioinsektisid terhadap Aedes sp. di makmal dan di lapangan
Authors: Syamimi Omar (P75125)
Supervisor: Hidayatulfathi Othman, Prof. Dr.
Mazrura, Dr.
Baharuddin Omar, Prof. Dr.
Keywords: Dengue
Plants, Medicinal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Dec-2020
Abstract: Pelbagai strategi untuk mengawal wabak denggi telah dilaksanakan, namun kes denggi masih meningkat dengan dramatik. Penggunaan racun serangga kimia yang meluas menyebabkan kesan kerintangan dan berbahaya kepada organisma bukan sasaran lain termasuk manusia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan minyak pati Piper aduncum sebagai bioinsektisid terhadap Aedes aegypti dan Aedes albopictus di makmal dan di lapangan. Dalam kajian ini, aktiviti insektisid minyak pati P. aduncum telah dinilai terhadap vektor denggi di makmal dan lapangan. Ujian larvisidal dan adultisidal dilakukan mengikut kaedah saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia. Semburan ULV dilakukan di kawasan wabak yang tidak terkawal di Taman Tenaga, Kajang dan bukan wabak denggi di Desa Kasih, Sungai Besar. Ujian larvisidal dilakukan ke atas larva instar ke-3 Ae. aegypti dan Ae. albopictus. Larva dikumpulkan dari Taman Tenaga, Kajang dan Desa Kasih, Sungai Besar untuk dibandingkan dengan larva strain makmal. Hasil ujian larvisidal terhadap Aedes sp. strain Taman Tenaga menunjukkan nilai LC50 yang lebih tinggi, 32.32 μgml-1 berbanding strain makmal dengan nilai LC50 15.96 μgml-1. Sementara itu, Aedes sp. strain Sabak Bernam mempunyai nilai LC50 yang lebih tinggi iaitu 30.07 μgml-1 berbanding strain makmal ialah 17.44 μgml-1. Ujian larvisidal temephos sebagai kawalan positif terhadap Ae. aegypti strain Taman Tenaga menunjukkan keputusan yang baik dengan nilai LC50 0.0035 μgml-1 dan nilai LC50 0.0008 μgml-1 bagi strain makmal. Sementara itu, ujian larvisidal temephos terhadap Ae. albopictus menunjukkan nilai LC50 0.003 μgml-1 untuk strain Sabak Bernam dan 0.0009 μgml-1 bagi strain makmal. Ujian bioassai menggunakan P. aduncum terhadap strain makmal Ae. aegypti dewasa menunjukkan kematian pada nilai LC50 0.03 mgcm-2 dengan memberikan kematian 100% selepas 24 jam apabila didedahkan kepada 12.42 mgcm-2. Manakala keputusan semburan ULV di Taman Tenaga menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kematian nyamuk dewasa (p <0.05) di antara Piper aduncum dan cypermethrine terhadap kawalan. Sementara itu, hasil semburan ULV untuk Desa Kasih juga menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kematian nyamuk dewasa (p <0.05) antara Piper aduncum dan cypermethrine terhadap kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan antara kematian nyamuk dewasa di antara Taman Tenaga dan Desa Kasih pada F(2, 354) = 0.914; p<0.05. Pengurangan Aedes sp. bilangan telur diperhatikan setiap kali semburan dibuat pada minggu ke-4, 8 dan 14 di kedua-dua kawasan (wabak dan bukan wabak). Hasil kajian juga menunjukkan spesies yang dominan di kawasan wabak adalah Ae. aegypti sementara di kawasan bukan wabak didominasi oleh Ae. albopictus. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa P. aduncum adalah berpotensi digunakan sebagai bio-insektisid untuk mengawal vektor demam denggi dan demam denggi berdarah.
Pages: 110
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan minyak pati Piper aduncum Linn. (fam piperaceae) sebagai bioinsektisid terhadap Aedes sp. di makmal dan di lapangan.pdf
  Restricted Access
Partial1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.