Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773238
Title: Perhubungan di antara posisi kedudukan janggal dengan gangguan rangka otot dan strategi penambahbaikan aktiviti kimpalan
Authors: Khairul Fahzan Salleh (P100987)
Supervisor: Syazwani Mohd Fadzil, Ts. Chm. Dr.
Mohd Yusof Md Daud, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Posture
Human engineering
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Sep-2023
Abstract: Kerja amali adalah sebahagian daripada proses wajib dalam sesi pembelajaran pelajar kejuruteraan di institusi TVET Malaysia. Tempoh amali 4 jam seminggu ini menuntut pelajar untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna dan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk menilai risiko ergonomik semasa amali kejuruteraan dilaksanakan oleh pelajar diploma mekanikal di Politeknik. Justeru itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kemungkinan hazad kesihatan yang diterima oleh pelajar; menilai tahap hazad yang diterima oleh pelajar; serta cadangan penambahbaikan ergonomik yang disebabkan oleh faktor risiko ergonomik terhadap pelajar semasa amali kimpalan. Kajian ini menggunakan instrumen Soal Selidik Otot Rangka Cornell (CMDQ) bagi mengenal pasti gangguan otot rangka (MSD) semasa amali dan disusuli dengan Penilaian Pantas Seluruh Tubuh (REBA) bagi mencerap postur badan semasa menjalankan amali. Seramai 398 orang pelajar Politeknik seluruh Malaysia telah terpilih sebagai responden. Melalui analisis data bagi soal selidik CMDQ mendapati nilai kelaziman gangguan MSD tertinggi adalah di bahagian belakang badan atas sebanyak 80.40% dan diikuti bahagian leher sebanyak 76.88%, sebaliknya bahagian badan paling rendah kelaziman gangguan MSD adalah di bahagian tangan kiri pada nilai 23.62%. Manakala bagi analisis cerapan REBA mendapati postur badan semasa menjalankan amali kimpalan adalah berisiko tinggi dengan skor 9 di mana bahagian yang memberikan skor yang tinggi adalah pada bahagian leher, badan, tangan dan pergelangan tangan. Ia ditambah lagi dengan faktor luar seperti keadaan genggaman tangan pada pencucuh kimpalan serta tempoh aktiviti melebihi satu minit setiap kali mengimpal. Suatu yang unik berkaitan kajian ini adalah data-data dari soal selidik CMDQ adalah bersifat normal dan boleh di analisis secara paramatrik tetapi sebaliknya data dari cerapan REBA pula adalah melepasi had kenormalan dan perlu dianalisis melalui kaedah nonparamatrik. Analisis Spearman Rho telah dijalankan untuk melihat perkaitan antara kesan kederiaan gangguan MSD melalui data soal selidik CMDQ dengan kedudukan postur badan ketika melaksanakan amali kimpalan melalui cerapan skor REBA. Didapati terdapat hubungan signifikan dengan nilai r = 0.765 dan Sig. = 0.000 (P < 0.01) pada leher. Seterusnya untuk bahagian belakang badan atas juga terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan nilai korelasi r = 0.116 dan Sig. = 0.020 (P < 0.05) dan terakhir untuk bahagian belakang badan bawah didapati terdapat hubungan yang signifikan dengan nilai korelasi r = 0.022 dan Sig. = 0.668 (P < 0.05). Lantaran itu, suatu model penambahbaikan ergonomik bertahap telah dicadangkan dengan memasukkan ketiga-tiga elemen penambahbaikan iaitu penambahbaikan ergonomik fizikal pada tahap asas, penambahbaikan ergonomik organisasi pada tahap sederhana dan penambahbaikan ergonomik kognitif pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya membuktikan postur badan yang tidak ergonomik semasa menjalankan aktiviti amali kimpalan memberikan kesan langsung terhadap beberapa bahagian badan sekali gus meningkatkan risiko untuk berlakunya gejala MSD sekaligus memberikan impak untuk berlakunya penyakit pekerjaan berkaitan ergonomik.
Pages: 243
Call Number: RA781.5.K483 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PERHUBUNGAN DI ANTARA POSISI KEDUDUKAN JANGGAL DENGAN GANGGUAN RANGKA OTOT DAN STRATEGI PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI KIMPALAN.pdf
  Restricted Access
10.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.