Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773231
Title: | Pengalaman pelancongan berdasarkan model pembangunan royalscape bandar diraja Kuala Kangsar dari perspektif pelancongan domestik/ |
Authors: | Zurina Ahmad Saidi (P83971) |
Supervisor: | Zurinah Tahir, Dr. Jalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Dr. |
Keywords: | Tourism Communication Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-May-2023 |
Abstract: | Bandar Diraja merupakan sebuah bandar warisan kebudayaan terbentuk hasil daripada peninggalan sejarah turun-temurun. Aset utama bandar Diraja menerusi keunikan sejarah serta identiti berdasarkan seni bina, geografi, budaya dan nilai estetika yang klasik dan berseni menjadikan bandar Diraja sebagai sub-tarikan pelancongan di dunia. Kemodenan sesebuah bandar semakin galak dibangunkan sehinggakan imej dan sifat tradisional sesebuah bandar Diraja semakin menuju ke arah bandar moden. Aset utama bandar Diraja Kuala Kangsar tidak diketengahkan dalam membangunkan ia sebagai sebuah bandar pelancongan Diraja. Objektif kajian adalah i) mengenal pasti profil dan segmen pelancong domestik, tarikan dan aktiviti di bandar Diraja Kuala Kangsar; ii) mengkaji pembentukan model pembangunan pelancongan bandar Diraja dari aspek pelancongan royalscape sebagai asas utama model; iii) menganalisis hubungan dan perkaitan pengalaman antara royalscape Diraja dengan segmen pelancong. Kajian ini menggunakan Tourist Gaze Theory dan Model the Four Realms dalam menjawab ketiga-tiga objektif di atas. Kaedah kuantitatif dan pemilihan teknik pensampelan rawak mudah dilakukan ke atas 500 responden pelancong domestik. Hasil kajian menunjukkan belia mendominasi setiap kategori kunjungan. Tarikan dan aktiviti destinasi utama menunjukkan tahap tinggi mengikut kategori destinasi di semua destinasi kunjungan utama manakala aktiviti daripada tarikan kedua dan ketiga menunjukkan tahap rendah. Aktiviti utama kesemua segmen pelancong adalah melawat landskap bandar Diraja. Hasil perbandingan antara segmen pelancong menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dengan royalscape Diraja, manakala hasil hubungan menunjukkan signifikan positif rendah dengan pelancong domestik fizikal, tapak warisan, interaksi sosial dan pendidikan. Kajian ini memberi implikasi terhadap penggunaan sumber semula jadi sebagai satu bentuk pelancongan, pembangunan aktiviti ekonomi dan landskap yang berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa. |
Pages: | 285 |
Call Number: | G155.A1. Z837 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
PENGALAMAN PELANCONGAN BERDASARKAN MODEL PEMBANGUNAN ROYALSCAPE BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR DARI PERSPEKTIF PELANCONGAN DOMESTIK.pdf Restricted Access | 3.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.