Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773231
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZurinah Tahir, Dr.en_US
dc.contributor.advisorJalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Dr.en_US
dc.contributor.authorZurina Ahmad Saidi (P83971)en_US
dc.date.accessioned2024-03-12T07:54:37Z-
dc.date.available2024-03-12T07:54:37Z-
dc.date.issued2023-05-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773231-
dc.description.abstractBandar Diraja merupakan sebuah bandar warisan kebudayaan terbentuk hasil daripada peninggalan sejarah turun-temurun. Aset utama bandar Diraja menerusi keunikan sejarah serta identiti berdasarkan seni bina, geografi, budaya dan nilai estetika yang klasik dan berseni menjadikan bandar Diraja sebagai sub-tarikan pelancongan di dunia. Kemodenan sesebuah bandar semakin galak dibangunkan sehinggakan imej dan sifat tradisional sesebuah bandar Diraja semakin menuju ke arah bandar moden. Aset utama bandar Diraja Kuala Kangsar tidak diketengahkan dalam membangunkan ia sebagai sebuah bandar pelancongan Diraja. Objektif kajian adalah i) mengenal pasti profil dan segmen pelancong domestik, tarikan dan aktiviti di bandar Diraja Kuala Kangsar; ii) mengkaji pembentukan model pembangunan pelancongan bandar Diraja dari aspek pelancongan royalscape sebagai asas utama model; iii) menganalisis hubungan dan perkaitan pengalaman antara royalscape Diraja dengan segmen pelancong. Kajian ini menggunakan Tourist Gaze Theory dan Model the Four Realms dalam menjawab ketiga-tiga objektif di atas. Kaedah kuantitatif dan pemilihan teknik pensampelan rawak mudah dilakukan ke atas 500 responden pelancong domestik. Hasil kajian menunjukkan belia mendominasi setiap kategori kunjungan. Tarikan dan aktiviti destinasi utama menunjukkan tahap tinggi mengikut kategori destinasi di semua destinasi kunjungan utama manakala aktiviti daripada tarikan kedua dan ketiga menunjukkan tahap rendah. Aktiviti utama kesemua segmen pelancong adalah melawat landskap bandar Diraja. Hasil perbandingan antara segmen pelancong menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dengan royalscape Diraja, manakala hasil hubungan menunjukkan signifikan positif rendah dengan pelancong domestik fizikal, tapak warisan, interaksi sosial dan pendidikan. Kajian ini memberi implikasi terhadap penggunaan sumber semula jadi sebagai satu bentuk pelancongan, pembangunan aktiviti ekonomi dan landskap yang berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTourismen_US
dc.subjectCommunicationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengalaman pelancongan berdasarkan model pembangunan royalscape bandar diraja Kuala Kangsar dari perspektif pelancongan domestik/en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages285en_US
dc.identifier.callnoG155.A1. Z837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007294en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.