Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773230
Title: | Kesejahteraan perumahan dalam kalangan pemegang lesen pendudukan sementara di skim penempatan semula di Kuching, Sarawak |
Authors: | Kiky Kirina Abdillah (P102210) |
Supervisor: | Azima Abdul Manaf, Prof. Madya Dr. Abd Hair Awang, Prof. Dr. Sarmila Md Sum, Dr. |
Keywords: | Land tenure Land settlement Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Oct-2023 |
Abstract: | Di Sarawak terutama dalam konteks Skim Penempatan Semula (SPS), aspek pemunyaan ke atas tanah sebelum ini tidak dilihat sebagai faktor penentu kesejahteraan perumahan isi rumah. Namun baru-baru ini, berlaku perubahan apabila pihak kerajaan Sarawak mula melihat kepentingan pemberian dokumen hak milik tanah kepada penduduk SPS. Ini kerana instrumen sedia ada iaitu lesen pegangan sementara (LPS) dianggap belum mampu membekalkan penduduk dengan jaminan keselamatan pegangan tanah. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan keupayaan penduduk untuk menjalani proses pengurusan rumah tangga dengan jayanya. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka kefahaman pemegang LPS terhadap konsep jaminan keselamatan pegangan tanah serta faktor-faktor pendorong pembentukan makna jaminan keselamatan pegangan tanah tersebut. Selanjutnya, jenis proses pengurusan rumah tangga serta motivasi disebalik caturan proses tersebut juga diteliti bagi memahami bagaimana rasa kesepunyaan kediaman diwujudkan dalam konteks pegangan tanah berbentuk LPS. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual separa mendalam dan pemerhatian tanpa ikut serta. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 9 iaitu seramai sebelas orang pemegang LPS yang menetap di dua buah SPS telah dipilih sebagai peserta melalui kaedah persampelan bertujuan dan bola salji. Kajian mendapati, pemegang LPS mempunyai kefahaman bersifat dwi orientasi iaitu objektif dan subjektif terhadap konsep jaminan keselamatan pegangan tanah, yakni berbeza dengan pihak berkuasa yang melihatnya dari sisi objektif semata-mata. Pembentukan kefahaman tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor pendorong yang terdiri daripada faktor personal dan faktor persekitaran. Kajian turut mendapati proses pengurusan rumah tangga merupakan satu proses yang bersifat universal, merentasi kelas sosial dan kontekstual yakni bergantung kepada faktor budaya, sejarah hidup dan keadaan semasa. Motivasi bagi mengwujudkan rasa kesepunyaan kediaman juga bersifat holistik merangkumi pelbagai aspek fizikal, ekonomi, psikologi dan budaya. Dari segi implikasi, kajian ini membuka jalan bagi mengkonseptualkan semula terma jaminan keselamatan pegangan tanah yang sebelum ini cenderung dikaitkan dengan aspek pemunyaan. Di samping itu, model kesejahteraan perumahan yang lebih menyeluruh juga dapat dihasilkan selain penambahbaikan polisi serta amalan di peringkat komuniti turut dapat dikenalpasti. |
Pages: | 330 |
Call Number: | HD156.K535 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KESEJAHTERAAN PERUMAHAN DALAM KALANGAN PEMEGANG LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA DI SKIM PENEMPATAN SEMULA DI KUCHING, SARAWAK.pdf Restricted Access | 8.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.