Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773228
Title: Penagihan dadah dalam kalangan wanita melayu: kajian kes di pusat penagihan narkotik (PUSPEN) Tampin, Melaka
Authors: Muhammad Asri Ibrahim (P99806)
Supervisor: Novel Lyndon, Prof. Madya Dr.
Hazita Azman, Prof. Dr.
Azlina Abdullah, Dr
Keywords: Drug addiction
Drug addicts
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Apr-2023
Abstract: Penglibatan wanita Melayu dalam aktiviti penagihan dadah dan penyalahgunaan bahan memberi implikasi kepada budaya, adat tradisi dan sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Statistik kemasukan klien wanita pada tahun 2018 hingga September 2019 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tampin, Melaka mendapati berlakunya peningkatan kemasukan klien wanita berbangsa Melayu yang menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN Tampin melalui kaedah kemasukan secara sukarela dan kaedah tangkapan berdasarkan Akta Penagih Dadah 1983. Objektif utama kajian ini ialah untuk menjelaskan makna dadah menurut perspektif penagih dadah wanita Melayu itu sendiri dan peranan makna ini dalam mempengaruhi ketagihan mereka terhadap dadah dan bahan. Kajian ini juga turut menganalisa jenis-jenis dadah yang digunakan dan faktor-faktor yang menyumbang penglibatan wanita Melayu dalam aktiviti ketagihan dadah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes melalui pengumpulan data secara temubual secara mendalam. Informan kajian dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Sejumlah tujuh orang wanita Melayu yang menjalani rawatan dan pemulihan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian kajian ini. Data yang telah diperolehi ditranskripsi dan dianalisis secara bertema menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati bahawa makna dadah sebagai bahan untuk aktiviti menyeronokkan, bahan mendorong perasaan ingin cuba, sebagai sumber ekonomi, bahan untuk menghilangkan tekanan dan bahan untuk mengasingkan diri . Dapatan kajian juga mendapati dadah jenis sintetik merupakan pilihan utama berbanding dengan kombinasi dadah jenis sintetik dan tradisional. Seterusnya, faktor-faktor penglibatan mereka dalam aktiviti penagihan dadah dan penggunaan bahan ialah pengaruh kawan, penganiayaan ahli keluarga, persekitaran rumah yang berisiko, kepincangan hubungan keluarga, tiada pengetahuan tentang dadah dan keterlibatan ahli keluarga. Dalam masa yang sama, latar belakang sosial penagih itu sendiri mempengaruhi sikap, tingkah laku dan peluang penagih untuk hidup kembali normal. Implikasi kajian ini ialah perlunya modul pencegahan berasaskan keperluan komuniti diperkenalkan.
Pages: 147
Call Number: RC566.M834 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penagihan dadah dalam kalangan wanita melayu kajian kes di pusat penagihan narkotik (PUSPEN) Tampin, Melaka.pdf
  Restricted Access
Partial933.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.