Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773226
Title: Pembangunan dan kebolehgunaan modul cinta penulisan & penerbitan jurnal (CPPJ) untuk pelajar pasca siswazah dan ahli akademik
Authors: Syaidatun Nazirah Abu Zahrin (P75438)
Supervisor: Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.
Norzaini Azman, Prof. Dr.
Keywords: Academic writing
Proposal writing in educational research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul Cinta Penulisan dan Penerbitan Jurnal (CPPJ) untuk pelajar pasca siswazah dan ahli akademik. Objektif pembangunan modul ini adalah untuk menggalakkan penulisan ilmiah dengan menggunakan tiga pendekatan teori yang berkaitan iaitu teori Penentuan Kendiri, teori konstruktivisme sosial dan teori Kecerdasan Kejayaan. Isi kandungan modul dibina berdasarkan maklumat yang diperolehi dari kajian kepustakaan dan hasil temu bual enam orang pakar yang telah banyak menghasilkan artikel jurnal berimpak tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research) untuk membangunkan modul, dengan ADDIE sebagai model untuk membina modul latihan. Berdasarkan kaedah tersebut, kajian dijalankan dalam tiga fasa iaitu pertama fasa melibatkan analisis keperluan; fasa kedua melibatkan rekabentuk dan pembangunan; dan fasa ketiga adalah aktiviti pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Dalam fasa pertama, keperluan pelajar dikenalpasti melalui borang kaji selidik yang melibatkan 15 orang pelajar pasca siswazah dan 15 ahli akademik bagi mengenalpasti keperluan modul dan isi kandungan yang sesuai untuk modul tersebut. Hasil dapatan fasa analisis keperluan digunakan sebagai panduan pembangunan modul di fasa berikutnya. Dalam fasa rekabentuk dan pembangunan, modul direkabentuk berdasarkan keperluan pembelajaran yang telah dikenalpasti dan isi kandungan telah dibangunkan berdasarkan hasil temu bual kumpulan pakar. Temu bual berfokus ke atas enam orang sarjana yang berwibawa dalam penulisan jurnal telah dijalankan untuk memperkayakan isi kandungan modul yang dibina. Draf modul yang dibangunkan dalam fasa ini telah dinilai oleh pakar dalam penulisan jurnal dan pendidikan. Cadangan daripada peserta kursus dan pakar digunakan untuk penambahbaikan modul sebelum melalui penilaian akhir. Fasa penilaian dan maklum balas melibatkan lima orang pakar, 15 orang pelajar siswazah dan 15 orang ahli akademik yang menilai kebolehgunaan dan penerimaan pengguna terhadap modul yang dibangunkan. Dapatan kajian di fasa penilaian menunjukkan modul ini berjaya memupuk rasa kecintaan peserta kursus terhadap penulisan dan penerbitan ilmiah Modul CPPJ dinilai sebagai suatu modul yang bermanfaat untuk melatih pelajar siswazah dan ahli akademik dalam aspek penulisan dan penerbitan. Dapatan ini menunjukkan skor persepsi kemahiran menulis dan menerbit atikel jurnal menggunakan modul CPPJ dalam pasca kajian (min = 4.50, SP = 0.682) adalah lebih tinggi berbanding dalam pra kajian (min = 3.07, SP = 1.081) bagi peserta kursus CPPJ. Implikasi kajian ini adalah kepada keperluan universiti untuk memberi pendedahan dan latihan asas bagi membina keghairahan ahli akademik kepada pencarian dan perkongsian ilmu baharu melalui aktiviti penyelidikan dan penerbitan ilmiah. Keghairahan dan kecintaan kepada budaya penulisan dan penerbitan perlu dijadikan asas kepada permbangunan strategi pengurusan bakat pelajar siswazah dan ahli akademik serta usaha memperkasa kesarjanaan institusi Pendidikan tinggi. Cadangan berkaitan kajian lanjutan termasuklah menjalankan kajian eksperimen untuk menentukan keberkesanan modul kepada kumpulan penyelidik (pelajar siswazah dan ahli akademik) yang berbeza serta penambahbaikan aspek penilaian bagi setiap aktiviti yang dibangunkan di dalam modul.
Pages: 335
Call Number: LB2369.S973 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.