Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773221
Title: Faktor kejayaan keusahawanan terhadap kesejahteraan ekonomi peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Authors: Nor Aishah Mohamed (P73488)
Supervisor: Muhammad Hussin, Prof Dr.
Mohamad Zuber Abd. Majid, Dr.
Keywords: Entrepreneurship
Economics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Oct-2023
Abstract: Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan antara analisis kuantitatif dan kualitatif berdasarkan reka bentuk ‘Penjelasan Berikutan’ (sequential explanatory design). Kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan melibatkan sampel seramai 641 manakala kajian kualitatif berasaskan reka bentuk kajian kes melibatkan seramai enam peserta temu bual. Kajian ini menggunakan Persampelan Rawak Berstrata Berkadaran. Kesemua peserta kajian terdiri daripada peminjam AIM di Terengganu. Nilai kebolehpercayaan alpha bagi keseluruhan pembolehubah antara 0.860 hingga 0.911. Data kuantitatif menggunakan skor min, peratus, sisihan piawai, ANOVA dan regresi pelbagai. Data analisis kualitatif menggunakan analisis transkripsi temu bual. Dapatan menunjukkan tahap pemikiran keusahawanan adalah tinggi (min=4.21; s.p=0.47), tahap tingkah laku keusahawanan rendah (min=2.33; s.p=0.51) dan tahap kompetensi keusahawanan adalah sederhana (min=3.39; s.p: 0.57). Analisis kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara tahap kesejahteraan ekonomi keluarga peminjam dengan pemikiran keusahawanan dan kompetensi keusahawanan. Terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan umur, tahap pendidikan, jumlah tahun pinjaman AIM, tempoh penubuhan perniagaan dan jumlah pinjaman AIM. Analisis regresi mendapati kompetensi keusahawanan memberi sumbangan sebanyak 13.6%, pemikiran keusahawanan sebanyak 11.9%, dan tingkah laku sebanyak 23.1%. Dapatan daripada temu bual pula mendapati secara keseluruhannya terdapat keperluan pembiayaan mikro kredit AIM dari segi daya tahan dalam perniagaan yang dijalankan dari aspek pengukuhan dalam pengurusan kewangan, membina ketahanan mental usahawan dan operasi perniagaan menjadi lebih cekap. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya pembiayaan AIM perlu diteruskan namun beberapa kelemahan perlu dibaiki khususnya dari aspek pendidikan dan latihan kepada peminjam AIM. Manakala implikasi teori kajian menunjukkan Teori Kompetensi Keusahawanan Bird (1995) dan Model Pemikiran Keusahawanan Nor Aishah (2010; 2007) telah membuktikan bahawa kompetensi keusahawanan dan pemikiran keusahawanan lebih memberi kesan terhadap faktor kejayaan usahawan peminjam AIM di Terengganu.
Pages: 340
Call Number: HB615.N6378 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FAKTOR KEJAYAAN KEUSAHAWANAN TERHADAP KESEJAHTERAAN EKONOMI PEMINJAM AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM).pdf
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.