Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773220
Title: Amalan pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran guru pendidikan Islam sekolah rendah
Authors: Zuraidah Ramdzan @ Ramban (P101250)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Hafizhah Zulkifli, Dr.
Khadijah Abd Razak, Dr.
Keywords: Learning
Muslim educators
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2023
Abstract: Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring dengan perubahan trend pendidikan dunia yang begitu pesat setelah berkembangnya pendidikan abad ke 21. Ia diperkenalkan adalah bertujuan menghasilkan generasi modal insan yang bertaraf dunia yang dapat memenuhi aspirasi abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap konsep pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran, seterusnya meneroka pengamalannya dalam konteks pelaksanaan dari aspek peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini juga menumpukan kepada meneliti kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk melaksanakan pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran. Pandangan guru tentang keberkesanannya serta faktor-faktor yang mendorong pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran ini juga diteliti secara mendalam. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual secara mendalam, pemerhatian terhadap pengajaran guru dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 9. Seramai lima orang GPI yang berkhidmat di beberapa buah sekolah rendah di Johor telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Manakala data temu bual daripada lima orang rakan guru dan 9 orang murid juga diperolehi sebagai triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GPI memiliki kefahaman yang komprehensif mengenai konsep pembelajaran abad ke 21 yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran di samping mempraktikkan lima kemahiran berikut untuk melaksanakan PAK21 dalam pengajaran iaitu kemahiran merancang, kemahiran insaniah, kemahiran psikologi, kemahiran inovasi dan kemahiran komunikasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa GPI melaksanakan PAK21 dalam semua peringkat pengajaran iaitu peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran. Pengamalan PAK21 dalam pengajaran GPI melalui penerokaan pandangan GPI didapati memberi kesan positif kepada peningkatan profesionalisme guru, kemenjadian murid dan kecemerlangan organisasi yang didorong oleh faktor personal (dalaman) GPI yang terdiri daripada faktor keilmuan, motivasi kendiri dan hisbah kendiri. Manakala faktor persekitaran (luaran) terdiri daripada faktor persekitaran sekolah, inspirasi tokoh cemerlang dan pembangunan program serta aktiviti. Kajian ini menghasilkan model Kemahiran GPI Abad ke 21 dan mencadangkan model konseptual pelaksanaan PAK21 dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah yang praktikal dan memenuhi keperluan semasa serta memberikan implikasi positif dari sudut teoretis, pedagogi dan empirikal kepada guru, pihak sekolah, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam.
Pages: 348
Call Number: LB1060.Z837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM PENGAJARAN GURU PENDDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.pdf
  Restricted Access
5.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.