Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773175
Title: Pengenalpastian dan pencirian gen penindas tumor (TSG) dan onkogen (OG) yang terlibat dalam patogenesis glioblastoma multiforme (GBM) di kalangan pesakit tumor otak di Malaysia
Authors: Muhamad Farid Zulkifle (P70144)
Supervisor: Sharifah Noor Akmal Syed Husain, Prof. Dr.
Reena Rahayu Md Zin, Prof. Madya. Dr.
Zubaidah Zakaria, Dr.
Keywords: Glioblastoma
Brain Neoplasms
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Jun-2017
Abstract: Glioblastoma multiforme (GBM) adalah sejenis kanser otak yang sering berulang dan sukar diubati. Kajian yang telah dilakukan sebelum ini melaporkan bahawa aberasi kromosom yang paling biasa ditemui dalam GBM adalah perubahan yang berlaku pada kromosom 1, 6, 7, 9, 10, 11, 13, 16 dan 19. Walaubagaimanapun perubahan kromosom yang berlaku dalam GBM bagi pesakit di Malaysia masih tidak diketahui. Pengetahuan mengenai onkogenesis molekular pada glioma adalah masih belum difahami sepenuhnya. Oleh itu kajian-kajian molekular perlu dilakukan untuk mengenal pasti penanda biologi yang baru agar prognosis awal serta penambah baikkan pilihan rawatan yang terkini dapat dibuat. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pertambahan dan kehilangan kromosom pada GBM dengan menggunakan teknik penghibridan genomik perbandingan aray (array CGH). Validasi menggunakan teknik penghibridan in situ pendafluor (FISH) dilakukan ke atas semua kes untuk mengesahkan keputusan array CGH. Empat belas tisu GBM diperolehi daripada pesakit yang didiagnos GBM WHO tahap IV di Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Corak atau profil kromosom dianalisis dengan menggunakan perisian Agilent Technologist CytoGenomics versi 3.0.0.27. Daripada data array CGH yang diperolehi, didapati sejumlah 916 aberasi kromosom dikesan daripada kesemua 14 kes. Amplifikasi lebih kerap berlaku sebanyak 486 (53.1%) berbanding delesi yang hanya dikesan sebanyak 430 (46.9%). Perubahan kromosom yang paling kerap berlaku dalam kajian ini ialah amplifikasi pada kromosom 4q13.1 (21.4%), 7p11.2 (50%), 7q21.2-21.3 (7.2%), 8q21.12 (21.4%), 12p13.32 (35.7%) dan 22q11.24 (14.3%) manakala delesi dikesan pada kromosom 7q11.23 (14.3%), 9p21.2-21.3 (78.6%), 10p15.3-11.1 (21.4%), 10q11.22-26.2 (50%), 10q26.13 (35.7%), 10q26.3 (71.4%), 11p15.4 (28.6%), 12p13.2 (14.3%), 14q11.2 (35.7%) dan 15q12 (21.4%). Delesi pada kromosom 9p21.2-21.3 (78.6%) dan amplifikasi pada 7p11.2 (50%) merupakan aberasi yang paling kerap ditemui dalam kajian ini. Array-CGH juga telah mengesan beberapa gen penindas tumor (TSG) yang berpotensi seperti RBX1 (22q11.24), CDKN2A (9p21.2-21.3), PTEN (10q11.22-26.2), RASSF4 (10q11.22-26.2), WDR11 (10q11.22-26.2), CTBP2 (10q11.22-26.2), DMBT1 (10q26.13), DLK1 (14q11.2), ST5 (11p15.4) dan KLF6 (10p15.3-11.1) manakala gen onko (OG) pula adalah seperti EGFR (7p11.2), PIM3 (22q11.24), FRAT1 (10q11.22- 26.2), SMC3 (10q11.22-26.2), ENTPD5 (14q11.2), GPR65 (14q11.2), AKT1 (14q11.2) dan BMI1 (10p15.3-11.1). Gen TSG dan OG yang paling kerap dijumpai dalam aberasi kromosom ialah CDKN2A, PTEN dan EGFR. Teknik FISH dilakukan ke atas dua gen iaitu EGFR dan PTEN. Keputusan validasi FISH mendapati amplifikasi EGFR dikesan pada 6 daripada 14 kes manakala 4 daripada 14 kes menunjukkan delesi PTEN. Amplifikasi EGFR dan delesi PTEN dalam kajian ini dikesan pada kes pesakit yang mempunyai prognosis teruk. Kajian ini mencadangkan amplifikasi EGFR dan delesi PTEN berkemungkinan memainkan peranan dalam tumorigenesis pesakit glioblastoma di Malaysia.
Pages: 53
Call Number: QZ20.5.M952p 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.