Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773171
Title: | Status oksidatif semasa gangguan bipolar dan kaitannya dengan umur, jantina dan indeks jisim badan |
Authors: | Jaclyn Tan Ai Chin (P76963) |
Supervisor: | Goon Jo Aan, Prof. Madya. Dr. Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri, Dr. |
Keywords: | Oxidative Antioxidants Bipolar Disorder Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 30-Aug-2017 |
Abstract: | Gangguan bipolar (BD) ialah sejenis penyakit psikiatrik kronik di mana asas kejadian molekularnya masih belum ditentukan. Tekanan oksidatif adalah bidang yang berpotensi dikaji dalam memahami kejadian penyakit ini pada peringkat molekular. Objektif kajian adalah untuk menentukan status oksidatif pada pesakit BD dan kaitannya dengan umur, jantina dan indeks jisim badan (BMI). Satu kajian keratan rentas dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ke atas pesakit BD yang didiagnosis dengan menggunakan Mini Neuropsychiatric Interview (MINI). Aktiviti enzim superoksida dismutase (SOD), glutation peroksida (GPx), katalase (CAT) dan kepekatan malondialdehid (MDA) dibandingkan antara persakit BD dan kawalan sihat. Kerosakan DNA diukur menggunakan asai komet. Pesakit BD mempunyai kepekatan MDA yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kepada kawalan sihat. Kepekatan MDA adalah lebih tinggi bagi subjek berumur 40 ke atas berbanding kepada yang berumur 39 dan ke bawah. Kepekatan MDA tidak menunjukan perbezaan yang signifikan apabila dibandingkan antara jantina, sama juga antara pesakit dengan BMI kurang atau lebih daripada 25. Peratus DNA normal pada kawalan sihat adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kepada pesakit BD, manakala peratus DNA rosak ringan dan rosak teruk pada pesakit BD adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kepada kawalan sihat. Tahap kerosakan DNA dalam pesakit BD adalah lebih kurang sama apabila dibandingkan di antara umur, jantina dan BMI. Aktiviti SOD pesakit BD adalah lebih kurang sama dengan subjek sihat dan apabila dibandingkan di antara jantina dan umur, tetapi adalah lebih rendah secara signifikan pada subjek dengan BMI lebih daripada 25. Aktiviti CAT adalah lebih tinggi secara signifikan dalam pesakit BD berbanding kumpulan kawalan, manakala tiada perbezaan signifikan dijumpai di antara jantina, umur dan BMI. Aktiviti GPx tidak menunjukkan perbezaan signifikan apabila dibandingkan di antara pesakit BD dan subjek sihat, jantina, umur dan BMI. Di kalangan pesakit BD, peratus DNA normal meningkat dengan umur (r=0.346), manakala peratus DNA rosak menurun dengan umur (r=-0.346). Peratus DNA normal dan rosak tidak menunjukan korelasi signifikan dengan BMI, manakala semua enzim oksidatiif (SOD, GPx, CAT) dan kepekatan MDA tidak menunjukkan korelasi signifikan dengan umur dan BMI. Secara kesimpulannya, umur dan BMI adalah berkaitan dengan status oksidatif pesakit BD tanpa mengira jantina. |
Pages: | 26 |
Call Number: | QU20.T161s 2017 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Status oksidatif semasa gangguan bipolar dan kaitannya dengan umur, jantina dan indeks jisim badan.pdf Restricted Access | Partial | 345.4 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.