Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773073
Title: Sistematik dan ekologi Burseracease di Semenanjung Malaysia
Authors: Ahmad Fitri Zohari (P89522)
Supervisor: Mohd Nizam Mohd Said, Prof. Dr.
Noraini Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Burseraceae
Ecology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Apr-2022
Abstract: Famili Burseraceae merupakan antara famili pokok yang biasa ditemui dalam hutan Semenanjung Malaysia yang mana famili ini mempunyai spesies-spesies yang penting daripada segi ekologi dan ekonomi. Semakan komprehensif terhadap famili ini hanya pernah dilakukan hampir 50 tahun dahulu, dan perubahan daripada segi pertambahan bilangan takson serta tatanama telah berlaku semenjak dari semakan terakhir tersebut. Objektif kajian ini untuk menambahbaik maklumat taksonomi dengan memperincikan taburan data morfologi, anatomi dan mikromorfologi serta taburan kesemua takson. Selain itu, kajian ekologi melihat kepada hubungan faktor tanah dengan taburan takson Burseraceae di kawasan kajian terpilih. Kerja lapangan telah dijalankan di 112 hutan simpan dan lokaliti di Semenanjung Malaysia dari tahun 2016 sehingga 2020, manakala semakan ke atas spesimen-spesimen telah dijalankan di herbarium herbarium terpilih di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Sebanyak tujuh genus dan 39 spesies Burseraceae telah direkodkan di Semenanjung Malaysia, termasuk satu rekod baru genus dan spesies iaitu Haplolobus sarawakanus Kochummen, yang sebelum ini hanya dilaporkan di Borneo sahaja. Morfologi batang, kulit, anak daun, infloresen, bunga dan buah menunjukkan variasi yang tinggi antara spesies; namun ciri daun adalah lebih sesuai digunakan untuk pengecaman. Margin daun umumnya adalah licin kecuali dalam sembilan takson Canarium dan Garuga floribunda, yang mempunyai sifat serrat atau krenulat. Jenis buah pula terbahagi kepada dua iaitu drup yang direkodkan dalam enam genus (Canarium, Dacryodes, Garuga, Haplolobus, Santiria dan Scutinanthe) manakala jenis kapsul ditemui pada Triomma. Analisis Lebihan (Redundancy Analysis, RDA) menunjukkan kebanyakan spesies tidak memperlihatkan perhubungan yang jelas dengan ciri fizikal dan kimia tanah. Namun demikian, terdapat takson tertentu yang dipengaruhi dengan kuat oleh elemen fizikal tanah seperti liat, pasir, kelodak dan bahan organik tanah dan juga oleh faktor kimia tanah seperti jumlah karbon organik, kalsium tersedia, magnesium tersedia dan pH tanah. Secara keseluruhan, hasil kajian ini telah menambahbaik maklumat berkenaan taburan, ciri morfologi dan anatomi bagi Burseraceae di Semenanjung Malaysia.
Pages: 709
Call Number: QK685.A376 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sistematik dan ekologi burseracease di semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text44.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.