Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772820
Title: Konsep dan peranan zikir dalam pembinaan peribadi Muslim menurut Sa'id Hawwa
Authors: Muhammad Adnin Azimi Shaki (P110752)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
Keywords: Hawwa, Sa'id -- 1935-1989
Islam -- Prayers and devotions
Issue Date: 18-Sep-2023
Abstract: Sa’id Hawwa antara tokoh pemikir umat Islam dari Syria yang masyhur di pelosok dunia Islam abad ke-20. Beliau turut dikenali sebagai salah seorang dari pemimpin tertinggi dalam gerakan Ikhwān al-Muslimīn. Keterlibatan beliau dalam gerakan harakah disamping kelantangan menentang kolonisasi dan ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam berlanjutan sekitar 20 tahun. Kesibukan sebagai seorang aktivis harakah dan tokoh reformis seolah mengaburkan kejaguhan beliau dalam aspek lain. Beliau ternyata seorang sosok yang mempunyai kepakaran dalam bidang keilmuan Islam disamping mempunyai kecenderungan dalam ilmu tasawuf. Bidang kesufian menjadi satu daripada acuan utama yang mendominasi perwatakan tokoh ini. Idea dan fikrah sufi Sa’id Hawwa terzahir melalui gagasan utama beliau dalam usaha mengintegrasi pemikiran sufi dan ajaran tasawuf dalam dunia gerakan Islam. Ia jelas melalui premis Sa’id Hawwa yang menjadikan zikir sebagai satu daripada teras utama dalam tarbiah ahli Ikhwān dan umat Islam umumnya persis tradisi latihan spiritual dalam manhaj kesufian. Namun, terdapat modifikasi serta pemurnian yang diusahakan Sa’id Hawwa khususnya dalam isu ini. Perbezaan jelas ialah melalui penekanan Sa’id Hawwa terhadap keluasan konsep zikir dan signifikasi ibadah ini dalam menjadi alat utama dalam penyucian jiwa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang zikir dan peranan ibadah ini dalam proses pembinaan peribadi seorang muslim. Ianya adalah menerusi analisis terhadap pemikiran Sa’id Hawwa tentang zikir dan tasawuf. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan daripada al Asās fi al-Tafsīr serta siri Tarbiyah, Tazkiyah dan Sulūk. Bahan kajian yang didapati akan dianalisis menggunakan metode induktif, deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa perbahasan zikir yang Sa’id Hawwa suguhkan dalam gagasan beliau ialah sebuah ibadah yang mempunyai signifikasi utuh dalam lapangan pendidikan. Tesis utama beliau telah menjadikan zikir sebagai teras dalam mekanisme penyucian jiwa yang berkait rapat dengan pembinaan peribadi muslim. Implikasi kajian ini ialah penerokaan terhadap kerangka pemikiran sufi Sa’id Hawwa dengan perbahasan zikir dalam bidang pendidikan serta penelitian terhadap kecenderungan sufi beliau dan rantaian perguruan ulama sufi dan tarekat yang beliau temui.
Pages: 178
Call Number: BP183.3.M8334 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep dan peranan zikir dalam pembinaan peribadi muslim menurut Said Hawwa.pdf
  Restricted Access
Full-text2.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.